Tarikh | : 15.06.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
TUJUAN :
Meningkatkan Kreativitas dan meningkatkan kemahiran motor halus semasa melipat origami kertas serta peserta akan dapat mengetahui cara membuat kipas kertas dan fungsi kipas kertas.
Bahan-bahan yang Diperlukan:
- Kertas
- batang aiskrim
- salotip
- gunting
- Langkah-langkah :
- 1) Langkah pertama adalah dengan memilih dua kertas sama ada kertas warna yang sama atau berbeza untuk membuat origami kipas tersebut.
- 2) Setelah itu, peserta diminta untuk mengunting dan melipat dua bahagian untuk membuat lipatan
- 3) Peserta mula melipat kertas dari depan ke belakang sehingga terbentuk untuk menghasilkan origami kipas
- 4) Selepas itu, peserta akan mencantumkan kesemuanya dengan menggunakan salotip
5) Seteruanya peserta mengambil batang aiskrim dan mencantunkan kedua-dua batang aiskrim dan melekatkan dengan origami kertas yang telah dilipat menjadikan bentuk kipas.
Aktiviti menghasilkan origami kipas ini adalah untuk melihat fokus mata dalam melipat kertas dan kecekapan tangan serta pemikiran yang kreatif dalam menghasilkan origami kipas ini. Malah, dengan aktiviti dapat mengetahui bagaimana kipas kertas ini berfungsi. Aktiviti sangat menarik untuk dijadikan aktiviti lapang yang berfaedah dan adik-adik boleh mencuba untuk menghasilkan origami kipas ini. Selamat mencuba!
Tarikh | : 14.06.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mengajar dan membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran dalam komputer dan applikasi yang boleh peserta belajar dan mendidik peserta dalam mencari maklumat secara bijak. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah pembelajaran asas membuat kad dengan menggunakan Microsoft Publisher. Dalam bengkel ini peserta diminta untuk membuka Microsoft Publisher dan juga peserta diberikan tunjuk ajar melalui skrin didepan bagaimana cara untuk membuat kad menggunakan Microsoft Publisher. Selain itu, peserta diajarkan teknik-teknik asas dalam membuat kad dan bagaimana cara untuk menggunakan Publisher seperti cara untuk menyuting size, perkataan, latar belakang, gambar dan sebagainya. Peserta mula membuat kad mengikut teknik-teknik yang diajarkan dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas.
Tarikh | : 10.06.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan kemahiran pembelajaran berpendidikan secara atas talian melalui laman web pembelajaran "National Geographic Kids". Melalui pembelajaran ini akan dapat meningkatkan kemahiran komputer dan juga kemahiran dalam berfikir untuk menjawab dan menyelesaikan kuiz tersebut malah untuk meningkatkan pengetahuan dalam alam sekitar serta haiwan. Sekali gus, dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini memfokuskan pembelajaran secara atas talian dalam applikasi "National Geographic Kids" yang mana laman web ini menyediakan pelbagai pilihan permainan kuiz. Dalam permaianan kuiz atas talian peserta diminta untuk memilih aktiviti puzzle dan meyusun mengikut arahan dan gambar yang dinyatakan tersebut. Peserta dibantu dan dibimbing bagaimana cara untuk menggunakan papan tetikus untuk menggerakkan dan mencantumkan puzzle. Peserta mengikut lagkah dan teknik asas yang diajarkan dalam menjawab kuiz pembelajaranm tersebut. Dengan adanya aktiviti seperti ini ia akan dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran komputer peserta sekali gus, aktiviti percuma ini dapat membantu meningkatkan nama dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk komuniti setempat.
Tarikh | : 12.06.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kemahiran insaniah termasuk kebolehan berkomunikasi, pemikiran kritis dan jreatif serta kemahiran teknologi dan ict. Secara langsung ini dapat mempromosikan lagi perkhidmatan yang dijalankan disini.
Aktiviti
Aktiviti kemahiran memfokuskan pada pencarian kata dalam kertas yang telah petugas cetak untuk peserta. Peserta diterangkan bagaimana cara untuk mencari perkataan mengikut kata yang tertera di sebelah kertas. Peserta mula mencari perkataan tersebut mengikut kreativiti mereka sehingga selesai semua perkataan yang dicari. Kemahiran carian kata ini akan mengajar peserta untuk lebih fokus, kreatif, pemikiran yang cepat dan sebgainya. Akhir sekali, penyampaian hadian untuk peserta yang dapat menyelesaikan carian kata dengan cepat.
Tarikh | : 08.06.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan latihan kemahiran komputer dan ict untuk manfaat dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam teknologi serta meningkatkan kreativiti dan juga kecekapan dalam menggunakan applikasi terbaru. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi mempromosi serta menghebahkan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya memudahkan kefahaman peserta sebelum aktiviti dijalankan. Selain itu, petugas juga menunjukkan melalui skrin putih mengikut langkah dalam membuat penanda buku tersebut. Sebelum menyuting penanda buku itu petugas telah meminta peserta untuk membuka canva untuk menghasilkan penanda buku yang bertemakan "all eye on rafah". Peserta mula membuka canva dan memilih "template" penanda buku. Langkah seterusnya dengan bimbingan petugas peserta diajarkan bagaimana cara untuk memasukkan gambar hasil carian dalam browser. Selain itu, peserta dibantu oleh petugas dengan mengajarkan bagaimana untuk mengubah tulisan, ayat, size, warna, ubah latar belakang dan sebagainya. Peserta dapat mengikuti langkah dan teknik-teknik asas yang diajarkan oleh petugas dan mereka semua sangat gembira dan teruja dalam menghasilkan penanda buku tersebut.