Tarikh | : 09.06.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan latihan berasaskan ict dan teknologi untuk meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahaun dalam penggunaan komputer. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi liveworksheet untuk bagi pemahaman peserta bagaimana cara untuk menggunakannya. Dalam bengkel tersebut peserta diminta untuk membuka applikasi tersebut dan memilih kuiz mengikut tahap atau mengikut pilihan masing-masing. Peserta dibantu dan diajarkan bagaimana cara menjawab dan menyemak keputusan yang telah dijawab oleh mereka. Akhir sekali peserta dapat memahami dan boleh membuat perbandingan soalan dan jawapan mereka untuk pembelajaran. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.
Tarikh | : 22.06.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 13 Orang |
TUJUAN :
Memberikan pendedahan kemahiran seni bina menggunakan "clay" dan juga bagaimana peserta bekerjasama serta membantu diantara peserta untuk menyiapkan binaan sekali gus aktiviti ini dapat mewujudkan peserta yang berfikiran kreatif dan inovasi. Selain itu ia dapat menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti yang dijalankan disini.
Bahan-bahan yang Diperlukan:
- Clay
- Lidi
Langkah-langkah:
1) Peserta ditunujkan terlebih dahulu bagaimana untuk membina struktur binaan di komputer
2) Peserta dibahagikan bahan-bahan setiap satu
3) Peserta mula membina struktur binaan berpandukan video di komputer atau mengikut kreativiti masing-masing
4) Dalam aktivkiti ini peserta akan membuat bulat dari "clay" untuk membuat tapak dan mengambil lidi dan mencucukkan di bahagian tapak yang telah dibulatkan
5) Peserta berjaya membuat struktur binaan dengan "clay" mengikut kreativiti masing-masing yang mana terdapat pelbagai bentuk struktur rumah yang telah dibina masing-masing.
-
Akhir sekali peserta akan menerangkan tentang keseimbangan "clay" dan juga manfaat atau aktiviti yang boleh digunakan daripada "clay". Jangan lupa umntuk mencuba membuat aktiviti struktur binaan ini yang hanya menggunakan dua bahan sahaja dapat mencipta atau membina pelbagai bentuk binaan mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba!
Tarikh | : 25.06.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan menaip menggunakan Microsoft Word untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer untuk membiasakan peserta dengan komputer serta applikasi yang terdapat dalam komputer. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke NADI.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta untuk belajar menaip surat rasmi menggunakan applikasi microsoft word. Peserta dibekalkan dengan buku latihan komputer sebagai rujukan untuk peserta menaip mengikut format yang betul dengan bantuan petugas. Dalam bengkel ini peserta diajar juga bagaimana cara untuk membesar dan mengecilkan tulisan tanpa perlu memadam satu-satu perkataan dan asas-asas lain yang terdapat diatas menu applikasi. Selain itu, peserta juga diajar penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dengan baik.
Tarikh | : 24.05.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan kemahiran komputer dan juga ict untuk meningkatkan pengetahuan peserta terhadap ict atau teknologi. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar asas bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan membuat bentuk asas untuk membiasakan peserta dengan applikais Microsoft Word dan komputer. Dalam bengkel ini peserta di tunjukkan melalui skrin bagaimana membuat bentuk dan bagaimana cara untuk menggerakkan bentuk, menukarkan warna, size, bentuk dan sebagainya. Peserta mula membuat dengan mengikut teknik yang diajarkan dan membuat bentuk mengikut kreativiti masing-masing yang dibantu serta dibimbing oleh petugas sehingga terbentuk yang telah dihasilkan oleh peserta. Peserta sangat teruja dan seronok dengan aktiviti ini dan memahami dengan baik yang telah diajarkan oelh petugas.
Tarikh | : 21.06.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 15 Orang |
TUJUAN :
Memberikan latihan dan pendedahan ke arah pemikiran yang kritis dan fokus dalam menjalankan aktiviti supaya dapat meningkatkan ilmu kemahiran insaniah dan juga kreativiti serta inovasi seseorang peserta. Dengan adanya aktiviti ini akan dapat menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan disini.
Bahan-bahan yang Diperlukan:
- - Kertas
- - Salotip
- - Gunting
- - Pensel
Langkah-langkah:
-
1) Petugas mulakan dengan menunjukkan demotrasi untuk membuat kapal menggunakan kertas
- 2) Peserta mengambil bahan-bahan untuk menghasilkan kapal kertas tersebut mengikut kreativiti masing-masing
- 3) Peserta mulakan menghasilkan kertas kapal tersebut dengan melukis garisan dengan pembaris untuk diguting atau dibahagikan pada dua bahagian untuk dilipat menjadi bulat
- 4) Selepas itu peserta mula menggulung dengan menggunakan pensel atau tidak mengikut keselesaan dan kreativiti masing-masing untuk membuat tapak kapal
- 5) Setelah siap peserta akan salotip di bahagian kertas yang telah dibulat dan juga kertas yang digulung untuk menjadi kapal kertas
6) Akhir sekali peserta diminta untuk menguji kapal kertas dengan menerbangkan kapal tersebut dan melihat kelajuan kapal tersebut terbang dan jatuh.
Aktiviti ini adalah untuk menguji kelajuan, keseimbangan dan daya graviti melalui kapal kertas. Selain itu, peserta akan dapat mewujudkan peserta yang kreatif dan menanam semangat kerjasama dengan membantu sesama peserta dalam menghasilkan kapal kertas tersebut. Aktiviti sangat mudah untuk dijalankan bersama dengan anak-anak dirumah mahu pun disekolah. Selamat mencuba!