Tarikh | : 02.08.2024 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kemahiran menggunakan applikasi Microsoft Word untuk menaip dan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai ict dan komputer yang mana ia bermanfaat dalam menyiapkan tugasan serta kerja kursus dalam kalangan pelajar di samping membiasakan mereka dengan penggunaan komputer. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke NADI.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta untuk belajar menaip menggunakan applikasi microsoft word. Dalam bengkel ini peserta dibantu dan diajarkan bagaimana cara menaip dengan mengajarkan mereka penggunaan papan kekunci untuk menaip seperti seperti pengunaan "space" , "enter", "caps lock" dan sebagainya yang mana penggunaan papan kekunci adalah penting dan fungsi utama dalam menaip. Selain itu, diajarkan juga bagaimana cara menyimpan filedalam bentuk pdf, word, template dan lain-lain. Malah, turut diajarkan cara mengubah "layout", ukuran size, warna, cara masukkan gambar, menyuntingkan gambar, membuat jadual dan sebagainya. Peserta memahmi dengan baik dan berjaya menyiapkan kerja kursus peserta.
Tarikh | : 01.08.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan kemahiran komputer untuk meningkatkan ilmu pengetahuan komputer dan ict serta membiasakan peserta dengan komputer ini sejajar perkembangan dunia teknologi pada masa kini. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya memudahkan kefahaman peserta sebelum aktiviti dijalankan. Dalam bengkel ini petugas telah membuka setiap komputer ke laman web applikasi pembelajaran seperti Wordwall dan Uptoten untuk mereka mempelajari serta bermain dalam applikasi tersebut. Peserta diajarkan bagaimana untuk menjawab kuiz atau soalan mengikut tahap pembelajaran peserta. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan applikasi uptoten yang mana applikasi ini pembelajaran lebih pada permainan berpendidikan dan juga bagaimana cara untuk mewarna secara atas talian menggunakan applikasi tersebut. Peserta diajarkan bagaimana untuk menggerakkan berus warna dan memilih warna untuk diwarnakan di dalam applikasi itu. Peserta mengikut langkah yang diajar petugas melalui paparan skrin depan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman peserta dalam menggunakan applikasi tersebut. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari applikasi tersebut dan memahami dengan baik apa yang telah diajarkan.
Tarikh | : 20.07.2024 |
Masa | : 3.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 16 Orang |
TUJUAN :
Memberikan pendedahan dan menarik minat peserta terutama dalam kalangan pelajar untuk mencuba dan merangsang minda peserta untuk berfikir dan juga menarik minat mereka untuk meneroka dunia awal sains dengan lebih mendalam disamping untuk menningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan ict. Malah, dengan aktiviti ini diharapkan dapat menarik lebih ramai komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.
Bahan-bahan yang Diperlukan:
- Belon
- Cuka
- Soda Bikarbonat
- Botol
- Kertas atau sudu atau corong
- Pewarna
Langkah-langkah:
1) Peserta perlu mengambil kertas kecil, sudu atau corong
2) Selepas itu, peserta perlu masukkan soda bikarbonat ke dalam belon
3) Peserta perlu masukan air cuka ke dalam botol
4) Selepas cuka dimasukkan peserta perlu masukan pewarna dan larutkan pewarna dengan cuka tersebut
5) Letakkan belon yang diisi soda bikarbonat ke permukaan atas tudung botol
6) Peserta perlu mengangkatkan sedikit belon supaya soda bikarbonat masuk ke dalam botol supaya ia bercampur dengan cuka
7) Setelah soda bikarbonat terlarut dengan cuka ia akan membuat belon mengembang dan size belon yang berkembang itu akan mengikut berape banyak soda bikarbonat yang dimasukkan ke dalam belon.
-
Akhir sekali peserta akan diterangkan secara ringkas aktiviti yang dijalankan ini adalah untuk melihat bagaimana belon boleh berkembang disebabkan campuran cuka dan soda bikarbonat ini menjadi reaksi atau tindak balas campuran tersebut. Campuran tersebut akan mendorong gas oksigen diatasnya untuk mengisi dan membuat permukaan belon yang elastik itu menjadi berkembang. Semakin banyak soda bikarbonat dan cuka digunakan ini akan menjadi semakin besar dan cepat belon itu berkembang. Semoga aktiviti ini bermanfaat dan boleh dicuba dengan diawasi oleh orang dewasa supaya ia selamat ketika anak-anak mencuba membuat aktiviti ini. Selamat mencuba!
Tarikh | : 20.07.2024 |
Masa | : 4.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 16 Orang |
TUJUAN :
Memberikan pendedahan dan membina pemikiran yang kreatif dan juga semangat kerjasama dalam menyiapkan aktiviti untuk menghasilkan buaian di samping untuk meningkatkan pengetahuan peserta terhadap dunia teknologi agar seiring dengan perkembangan dunia hari ini. Petugas juga berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.
Bahan-bahan yang Diperlukan :
- Batang Aiskrim dan Batang Lidi
- Glue Gam
- Pistol Gam
- Tali
- Gunting
Langkah-langkah:
1) Peserta ditunjukkan demostrasi melalui video sebelum mereka memulakan untuk menghasilkan buaian
2) Selepas itu, peserta dibahagikan pada beberape kumpulan dan mengambil beberape batang aiskrim untuk menghasilkan buaian
3) Peserta mula mencantumkan atau membuat tapak dengan beberape batang aiskrim untuk buaian dan melekatkan dengan glue gam
4) Selepas itu, peserta membuat pula tiang kiri dan kanan serta atap untuk buaian
5) Setelah tapak, tiang dan juga atap dihasilkan, peserta mula membuat tempat duduk mengikut kreativiti masing-masing
6) Akhir sekali peserta mengatungkan tali di tempat duduk buaian untuk melengkapkan proses menjadi sebuah buaian dan mencuba mengerakkan buaian untuk melihat kekuhan buaian yang dihasilkan.
-
Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana cara kita untuk membuat buaian dan membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan buaian. Disamping merangsang minda yang kreatif dan juga pemikiran yang kritis yang mana kita dapat melihat pelbagai bentuk buaian yang dihasilkan oleh mereka mengikut kreativiti masing-masing. Diharapkan aktiviti boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa kerana ia melibatkan penggunaan elektronik iaitu glue gam. Selamat mencuba!
Tarikh | : 20.07.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 16 Orang |
TUJUAN :
Memberikan pendedahan kemahiran bagaimana menghasilkan cop jari tanpa menggunakan dakwat dan juga untuk meningkatkan kreativiti dan perkembangan minda dalam reka bentuk. Selain itu ia dapat menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti yang dijalankan disini.
Bahan-bahan yang Diperlukan:
- Kertas
- Pensel
- Salotip atau Pita Pelekat
- Gunting
Langkah-langkah:
1) Peserta perlu mewarnakan tompokan hitam pada sekeping kertas dengan menggunakan pensel
2) Peserta perlu menguntingkan pita pelekat atau salotip
3) Peserta mula menekapkan jari pada tompokan hitam yang telah dibuat
4) Peserta menekapkan mengikut jari yang telah diberikan oleh petugas bermula dengan ibu jari kiri dan kanan sehingga ke jari kelingking
5) Peserta perlu lekatkan jari tersebut pada pita pelekat untuk mendapatkan cap jari.
6) Rekodkan setiap cap jari yang telah diambil pada sekeping kertas yang telah diberikan oleh petugas
-
Akhir sekali peserta akan menerangkan secara ringkas aktiviti yang dijalankank. Aktiviti ini sangat mudah untuk dijalankan bersama anak-anak untuk mengisi kelapangan masa atau untuk pembelajaran mereka. Selamat mencuba!