AHLI PARLIMEN BESUT

 

 

KAWASAN PILIHAN RAYA : P.033  BESUT
NAMA : DATUK CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH
PARTI : PN - PAS

 

 

 

 

KAWASAN PILIHAN RAYA     : N.03 JERTEH
NAMA 

: DR RIDUAN MOHAMAD NOR

PARTI      : PN - PAS

 

 

( Sumber : https://pru.sinarharian.com.my/calon/2155/riduan-mohamad-nor

 https://pru.sinarharian.com.my/calon/235/che-mohamad-zulkifly-jusoh )

 

 

 SEJARAH PENUBUHAN RAKR PELAGAT 3 SEBERANG JERTEH

 

Rumah Awam, Pelagat 3, Seberang Jerteh, 22000 Jerteh Terengganu.

 

 

PENDAHULUAN
                 Perkampungan Rumah Awam Seberang Jertih pada awalnya meliputi kawasan tanah sawah milik penduduk tempatan, kemudian dibangunkan sebagai Projek  Perumahan Kos Rendah berikutan pertambahan penduduk di Bandar Jertih. Pembinaan rumah kediaman kos rendah bertujuan mempercepatkan lagi proses sosial ekonomi selain menyediakan rumah kediaman kepada penduduk yang tidak mempunyai rumah.

 

 

SEJARAH KAMPUNG
                Perumahan Awam Seberang Jertih meliputi tiga fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua 32 unit, manakala Fasa Ketiga 160 unit. Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat Tiga mula didiami penghuni pada Januari 1987, secara berperingkat-peringkat.

Sebagai perumahan paling banyak penghuninya turut terdiri daripada kaum Cina dan menampakkan usaha kerajaan untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negeri ini. Ketika mula didiami, penduduk RAKR Pelagat Tiga menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dikenali senagai Jawatankuasa Kebajikan Rumah Murah sebagai pertubuhan yang menjaga kepentingan penduduk dan merangsangkan aktiviti sosial dan keagamaan.

Sebagai pertubuhan kecil dan tidak didaftarkan, ia kemudian dimansuhkan apabila permohonan penduduk menubuhkan Parti UMNO diluluskan pada 1988 yang dianggotai sepenuhnya oleh penduduk terbabit. Berikutan kejayaan menubuhkan UMNO, beberapa projek kecil pembangunan dapat dilaksanakan secara berperingkat dan memudahkan urusan untuk memajukan perkampungan ini sehinggalah sekarang.

 

SEJARAH PENUBUHAN JKKK RUMAH AWAM SEBERANG JERTIH TERENGGANU

  •                      SEBELUM wujudnya penduduk perumahan ini berkongsi kepemimpinan dan pentadbiran menerusi JKKK Seberang Jertih. Segala permasalahan dan proses pembangunan dibuat menerusi JKKK Seberang Jertih. Berkat kesungguhan dan kegigihan penduduk yang memperjuangkan untuk menubuhkan JKKK sendiri menerusi perjuangan politik, akhirnya pada 1 Mac 2006 terbentuklah JKKK Rumah Awam Seberang Jertih. Dengan kepemimpinan serba baru dan berbekalkan semangat serta sokongan kuat penduduk dan perhatian serius pemimpin kerajaan JKKK ini bergerak dari keadaan serba kekurangan dan daif tetapi kini turut berada di barisan yang sama dengan JKKK yang sudah sekian lama beroperasi di negeri ini.
  • Paling mengembirakan jawatankuasa dan penduduk ialah permohonan JKKK ini untuk turut disenaraikan dalam warga Gerakan Daya Wawasan (GDW) akhirnya diterima oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ketika usia JKKK ini belum pun sampai usia setahun penubuhanya.


*Sumber : Pengerusi JKKK Rumah Awam Seberang Jerteh.

 

 

Demografi Perumahan Awam Pelagat 3 Seberang Jerteh

Jumlah Rumah

160 Buah

Jumlah Penduduk Perempuan

510 Orang

Jumlah Penduduk Lelaki

487 Orang

Jumlah Keseluruhan Penduduk

997 Orang

 

 

  Populasi Penduduk Mengikut Umur 

Pecahan Umur

Jumlah

60 tahun ke atas

81

46-59 tahun

150

21-45 tahun

195

13-20 tahun

235

7-12 tahun 

201

Bawah 7 tahun

135

Jumlah Penduduk

997 Orang

 

Populasi Penduduk Mengikut Kategori

Kategori

Bilangan

Kanak-kanak

336

Remaja

235

Dewasa

335

Ibu Tunggal

10

Warga Emas

81

 

 

Komposisi Penduduk Mengikut Etnik

Etnik

Bilangan

Peratusan %

Melayu

950

95%

Cina

35

3.5%

India

10

1%

Pakistan

2

0.5%

 

 

Komposisi Penduduk Mengikut Pekerjaan

Jenis Pekerjaan

Peratusan %

Buruh

10%

Berniaga

35%

Kakitangan Kerajaan / Swasta

55%

 

 

 

Komposisi Penduduk Seisi Rumah

Kumpulan

Bilangan Keluarga

< RM 750

25

RM 750 - RM1500

60

RM 1501 - RM 3000

75

>RM 3001

0

 

Anggaran purata pendapatan : RM 600 – RM 1,000 sebulan.

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) Rumah Awam Kos Rendah ( RAKR ), Pelagat 3, Seberang Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu Sesi 2023/ 2024 :

 

PENGERUSI : TUAN HAJI HASIM DERAMAN
TIMB.PENGERUSI : MOHD JAAFAR GHAZALI
SETIAUSAHA  : PUAN NORFAEZA AHMAD
BENDAHARI                        
: ABD RAHIM BIN GHAZALI
AHLI JAWATANKUASA
  • : RAMLI BIN HUSIN
  • : ENCIK MANAF
  • : ZAIDI BIN ALI
  • : SOLAHUDDIN BIN AB.KADIR @ ISMAIL
  • : MUHAMMAD NAZMAN BIN IBRAHIM
  • : MOHD HAFIZ BIN ZAIDI
  • : NIK AZIZAH BINTI NIK JAAFAR
  • : AZMIYAH BINTI AWANG
  • : WAN NAIMAH BINTI WAN HASSAN