Tarikh : 15.06.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

TUJUAN :

Meningkatkan Kreativitas dan meningkatkan kemahiran motor halus semasa melipat origami kertas serta peserta akan dapat mengetahui cara membuat kipas kertas dan fungsi kipas kertas.

Bahan-bahan yang Diperlukan:

- Kertas

- batang aiskrim

- salotip

- gunting

  • Langkah-langkah :
  • 1) Langkah pertama adalah dengan memilih dua kertas sama ada kertas warna yang sama atau berbeza untuk membuat origami kipas tersebut.
  • 2) Setelah itu, peserta diminta untuk mengunting dan melipat dua bahagian untuk membuat lipatan
  • 3) Peserta mula melipat kertas dari depan ke belakang sehingga terbentuk untuk menghasilkan origami kipas
  • 4) Selepas itu, peserta akan mencantumkan kesemuanya dengan menggunakan salotip

 

5) Seteruanya peserta mengambil batang aiskrim dan mencantunkan kedua-dua batang aiskrim dan melekatkan dengan origami kertas yang telah dilipat menjadikan bentuk kipas.

 

Aktiviti menghasilkan origami kipas ini adalah untuk melihat fokus mata dalam melipat kertas dan kecekapan tangan serta pemikiran yang kreatif dalam menghasilkan origami kipas ini. Malah, dengan aktiviti dapat mengetahui bagaimana kipas kertas ini berfungsi. Aktiviti sangat menarik untuk dijadikan aktiviti lapang yang berfaedah dan adik-adik boleh mencuba untuk menghasilkan origami kipas ini. Selamat mencuba!

Gambar Disini