Tarikh | : 10.05.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan keapada peserta tentang bagaimana cara untuk mengisi borang secara online atau atas talian. Dengan pendedahan ini peserta dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas dan juga peserta diminta untuk membuka laman web pengisian borang masing-masing seperti laman web perumahan SPNB, Maidam, SPPIM dan lain-lain dibrowser. Selepas laman web pengisian terpapar peserta diminta untuk mendaftarkan diri bagi yang perlu mendaftarkan diri di laman web tersebut. Manakala, bagi laman web yang tidak perlu didaftarkan pula peserta boleh meneruskan memasukkan maklumat data ke dalam sistem dengan bantuan dan bimbingan petugas. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas peserta dapat mengisi sendiri borang di laman rasmi pengisian tersebut. Peserta berjaya mengisi maklumat dengan baik.
Tarikh | : 09.05.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel softskill atau kemahiran membuat resume ini diadakan bertujuan untuk melatih kemahiran dalam membuat resume menggunakan applikasi yang tersedia seperti Microsoft Word, Canva, Adobe Photoshop dan sebagainya. Pendedahan latihan ini dapat meningkatkan ilmu kemahiran komputer dan juga menaip untuk peserta. Dengan adanya bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah untuk membantu dan mengajarkan bagaimana kaedah membuat resume menggunakan applikasi yang terdapat dalam komputer seperti Microsoft Word, canva, template online dan lain-lain. Petugas membantu peserta bagaimana cara untuk mendaftarkan diri dan mengajarkan teknik-teknik membuat resume menggunakan template resume secara online dari mula membuat suntigan maklumat, tulisan, size, memuat naik gambar di dalam resume dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menyimpan dalam bentuk pdf daripada applikasi tersebut. Peserta berjaya menggunakan teknik yang diajar dalam membuat resume dan memahami dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2024 - BENGKEL ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB PEPERIKSAAN ATAS TALIAN BERSAMA BELIA
Tarikh | : 06.05.2024 |
Masa | : 03.00 ptg - 04.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan latihan menjawab peperiksaan secara atas talian yang mana pendedahan ini dapat meningkatkan kemahiran komputer dan ict peserta. Selain itu, dengan aktiviti ini dapat memperkembangkan lagi perkhidmatan pedi kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini menfokuskan bagaimana cara untuk menjawab peperiksaan kemasukan untuk jawatan kerjaan yang ditawarkan. Peperiksaan ini diadakan secara atas talian yang mana ia boleh dijawab melalui telefon atau melalui komputer. Dalam bengkel ini peserta dibantu dan dibimbing oleh petugas dalam menjawab peperiksaan secara atas talian dengan menekan "link" yang telah diberikan melalui emel masing-masing. Selepas itu, peserta diajarkan secara ringkas bagaimana untuk melihat jawapan yang sudah ditanda dengan jawapan yang tidak dijwab atau ditinggalkan melalui warna dan perlu mengikut arahan yang telah diberikan sehingga tamat peperiksaan. Peserta berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Tarikh | : 09.05.2024 |
Masa | : 10.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan komputer dan ict untuk meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga teknologi digital sejajar dengan perkembangan dan penggunaan teknilogi pada masa kini. Dengan aktiviti ini secara langsung ia dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang diadakan disini.
Aktiviti
Aktiviti ini bermula dengan penerangan secara ringkas tentang internet dan browser yang digunakan untuk mencari imej. Dalam bengkel ini peserta diminta untuk melayari tajuk atau imej yang ingin dicari melalui browser seperti google. Setelah carian imej petugas telah mengajar bagaimana cara untuk membuat suntingn imej melalui applikasi yang tersedia di dalam komputer seperti "paint", canva, microsoft word dan lain-lain. Peserta dibimbing bagaimana cara untuk "crop" gambar atau imej, bagaimana cara untuk mengecil dan menarik gambar untuk dibesarkan, cara untuk membuang latar belakang dan sebagainya. Peserta memahami dan berjaya mencari serta menyimpan imej/data yang dicari oleh peserta sendiri.
Tarikh | : 06.05.2024 |
Masa | : 10.00 ptg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan tentang keusahawanan dalam menjual produk jualan melalui kedai atas talian bagi meningkatkan pasaran jualan dan juga memperluaskan ilmu serta kemahiran dalam teknologi dalam perniagaan. Sekali gus, bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDI.
Aktiviti
Bengkel ini memfokuskan bagaimana peserta membuka kedai atas talian melalui platform shopee untuk membuka ruang pasaran yang lebih meluas. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk mendaftarkan diri dan memuat turun applikasi shopee terlebih dahulu bagi mendapatkan akaun shopee dan akaun jualan. Peserta diajarkan bagaimana untuk memasukkan gambar produk, bagaimana cara untuk menyuntingkan maklumat produk, bagaimana untuk memasukkan size, pilihan warna sebagainya. Disamping itu juga, dalam kelas ini petugas telah membantu juga peserta dalam mendaftarkan diri ke akaun "affiliate" yang mana dengan adanya akaun tersebut peserta hanya mempromosikan barang yang dipilih dan pembayaran berdasarkan pembelian tanpa memegang dan menghantarkan stock. Program affiliate ini sangat membantu peserta yang ingin mencari dan menambahkan pendapatan lain. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.