Tarikh : 08.06.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan latihan kemahiran komputer dan ict untuk manfaat dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam teknologi serta meningkatkan kreativiti dan juga kecekapan dalam menggunakan applikasi terbaru. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi mempromosi serta menghebahkan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya memudahkan kefahaman peserta sebelum aktiviti dijalankan. Selain itu, petugas juga menunjukkan melalui skrin putih mengikut langkah dalam membuat penanda buku tersebut. Sebelum menyuting penanda buku itu petugas telah meminta peserta untuk membuka canva untuk menghasilkan penanda buku yang bertemakan "all eye on rafah". Peserta mula membuka canva dan memilih "template" penanda buku. Langkah seterusnya dengan bimbingan petugas peserta diajarkan bagaimana cara untuk memasukkan gambar hasil carian dalam browser. Selain itu, peserta dibantu oleh petugas dengan mengajarkan bagaimana untuk mengubah tulisan, ayat, size, warna, ubah latar belakang dan sebagainya. Peserta dapat mengikuti langkah dan teknik-teknik asas yang diajarkan oleh petugas dan mereka semua sangat gembira dan teruja dalam menghasilkan penanda buku tersebut.

Gambar Disini