USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN TEMPATAN

                                     

Puan Ropuan mula berniaga secara kecil-kecilan di pasar minggu sebelum memiliki kedai milikan sendiri di bandar jerteh. Mula berniaga pada tahun 2014 dengan membantu ibu yang berniaga di pasar malam bagi mendapat pendapatan bulanan. Beliau juga sering menghantar kuih akok ke kedai-kedai lain bagi mempromosikan dan memperkenalkan kuih nya. Mempunyai 7 jenis perisa antaranya, perisa jagung, kurma, pisang, durian, perisa original, kacang merah dan kacang hijau. Menjual pada harga yang mudah 3 biji RM2.00.

 
Untuk tempahan dan keterangan lanjut :
Tel & Whatsap : 011-33557309
Alamat : Kg Gong Kemuntong, 22000 Jerteh Besut, Terengganu


Menjalankan perniagaan produk kecantikan Beauty Care

 

Puan Hidayah telah menjual produk kecantikannya secara kecil-kecilan disekitar Bandar Jerteh. Mula berniaga sejak 5 tahun yang lalu. Produk yang dihasilkan dijual di pasar tani Jerteh, dan jualan secara kecil-kecilan di rumahnya. Disebabkan beliau dikenali ramai dan mempunyai teman yang ramai, penjualan beliau sering dibeli oleh orang ramai melalui kenalan-kenalan yang telah mencuba produk beliau. Memegang status sebagai ibu tunggal dan memiliki 4 orang anak, beliau gigih memasarkan produknya ke serata tempat termasuklah secara online. Malah, beliau juga jadikan PI1M Seberang Jerteh sebagai satu medan untuk beliau mempelajari bagaimana untuk bisnes secara online.

 

 

Untuk tempahan dan keterangan lanjut :
Tel & Whatsap : 01119770783
Alamat : Kg Seberang Jerteh, 22000 Jerteh Besut, Terengganu

 

 

   

      Mee celup Ceksu terletak 0.5 meter dari Pusat Internet. Bertempat bersebelahan Masjid Kayu Ulul Albab. Puan Suhaila telah memulakan perniagaannya pada awal tahun 2017 sehingga kini. Beliau sering mempromosikan perniagaannya melalui media sosial facebook miliknya. Pelbagai menu beliau sediakan anataranya Nasi ayam, nasi air, kerabu maggi, air batu campur, air batu jagung dan macam-macam lagi. Perniagaannya dibuka dari jam 12 tgh sehingga jam 8 malam.

Puan Suhaila bergambar bersama pekerja-pekerjanya

 

Antara menu-menu yang disediakan di kedai Mee Celup Ceksu

 

Untuk tempahan dan keterangan lanjut :
Tel & Whatsap : 017-9702195
Alamat : RAKR Pelagat 3 Seberang Jerteh, 22000 Jerteh Besut, Terengganu
 

 

 

Sub-kategori