SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET SEBERANG JERTEH

Pusat Internet (PI) Seberang Jerteh, Besut, Terengganu mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet 1 Malaysia rintis untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

  •  - Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
 - Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

 - Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang

dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia.

 - Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
 - Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

PI Seberang Jerteh menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 - Pengenalan asas komputer
 - Asas internet
 - Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
 - Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
 - Latihan keusahawanan

 

 

 

 JUMLAH KEAHLIAN :

 

PI Seberang Jerteh telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2009. Ramai telah mendaftar diri sebagai ahli dengan PI Seberang Jerteht bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah ;

 AHLI LAMA

 1912

 AHLI BARU SEPTEMBER 2017

                          3                     

 JUMLAH KESELURUHAN SEHINGGA SEPTEMBER 2017

 1915

 

 

 KENALI PETUGAS PI :

 

Untuk menjadi petugas PI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

 

PENGURUS

 

 

NAMA : NORFAZILA BINTI MIZAM

MULA BERKHIDMAT : 1 FEBRUARI 2015

 

 

PENOLONG PENGURUS

 

 

NAMA : AZIERA BINTI ABDULLAH

MULA BERKHIDMAT : 23 JUN 2011

 

 

 

 MAKLUMAT PUSAT INTERNET SEBERANG JERTEH


          

     

Sudut Pandangan Hadapan Pusat Internet (PI) Seberang Jerteh Bersebelahan Dengan Tabika Perpaduan Serta Sudut Pandangan Dalam PI Serta Kaunter Pembayaran Dan Pendaftaran

 

     

Sudut Pandangan Bilik Belajar / Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Seberang Jerteh

             

               Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PI Seberang Jerteh merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

  

       Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut : 

    • e-Kerajaan (e-Government) 
    • e-Pembelajaran (e-Learning)
    • e-Dagang (e-Commerce)
    • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
    • Pusat Komunikasi
    • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
    • Pusat peperiksaan dan persijilan   

 

 

 

WiFi Komuniti (WK)         

             

WK menyediakan capaian internet asas secara WiFi hotspots di kawasan kurang liputan perkhidmatan di seluruh negara sejak mula diperkenalkan pada tahun 2011. Bermula tahun 2013, pelaksanaan WK telah ditambahbaik dengan menggunakan pendekatan Hub & Spoke. Melalui pendekatan ini, 3 WiFi hotspot (sebagai Spoke) dihubungkan kepada Pusat Internet (PI) yang menempatkan pelayan cache (sebagai Hub) dan turut bertindak sebagai pusat pengurusan serta pemantauan perkhidmatan WK oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI berkenaan. Perkhidmatan wifi komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai kampung tanpa wayar (KTW) adalah perkhidmatan wifi secara 'hotspot' di kwasan tumpuan.

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di kawasan kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti (WK) yang direncanakan Kerajaan ke arah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

Penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di kawasan kurang liputan secara percuma

 

 Siapakah Yang Boleh Menggunakan?

 Perkhidmatan ini terbuka kepada semua orang awam

Adakah saya perlu daftar sebagai pengguna?

Ya, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar :

 

CARA-CARA PENDAFTARAN WIFI KOMUNITI

    • Pastikan anda berada di lingkungan hotspot WK
    • Hidupkan fungsi WiFi di peranti anda
    • Pilih isyarat WiFi dengan nama bermula WK
    • Klik ikon internet dan anda akan dibawa ke laman sesawang WIFI KOMUNITI
    • Daftar dengan melengkapkan maklumat yang berkaitan (Pengguna baru sahaja ; pengguna yang telah berdaftar boleh terus log in menggunakan ID & kata laluan yang telah didaftarkan)
    • ID dan kata laluan akan terus diaktifkan dan sedia untuk diguna

 

Landing page seperti berikut akan terpapar secara automatik

 

 

Sila isikan butiran peribadi anda dan tekan butang DAFTAR

 

Setelah pendaftaran berjaya anda perlulah memasukkan kata nama dan kata laluan yang anda telah daftarkan. Kemudian anda boleh melayari internet seperti biasa

 

Berikut adalah senarai KTW yang terdapat di sekitar PI Seberang Jerteh :

 1.       KTW KG.PADANG LANDAK

 2.       KTW KG.DARAU

 3.       KTW KG.PASIR AKAR

 4.       KTW KG.TOK HAS

 5.       KTW KG.BAHARU

 6.       KTW MASJID ALOR LINTAH

7.        KTW KG.PELAGAT (PI SEBERANG JERTEH)

 

SOALAN LAZIM - WIFI KOMUNITI (WK)

 

1. Apa yang dimaksudkan dengan inisiatif WiFi Komuniti (WK)?

Inisiatif WiFi Komuniti (WK) adalah satu program di bawah SKMM yang menyediakan perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di lokasi-lokasi terpilih terutamanya di kawasan luar bandar seluruh negara.

 

2. Bagaimanakah caranya sekiranya saya ingin menggunakan perkhidmatan WiFi tersebut?

Pengguna boleh merujuk kepada papan tanda WK yang disediakan di setiap lokasi; menandakan terdapat perkhidmatan WiFi untuk kegunaan orang ramai / penduduk setempat.

 

3. Adakah isyarat gelombang WiFi memudaratkan kesihatan masyarat setempat?

Tidak

 

4. Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan WiFi tersebut; jika ada bagaimanakah caranya? Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan semasa mendaftar?

Pengguna boleh mendaftar secara ‘online’ selepas berjaya menyambung perkhidmatan WiFi tersebut kepada peralatan komputer (komputer riba, netbook, tablet) dan telefon pintar. Pengguna perlu mendaftar untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan terlebih dahulu untuk melayari internet. TIADA BAYARAN dikenakan semasa pendaftaran.

 

5. Saya telah cuba untuk mendaftar tetapi masih tidak berjaya. Apakah langkah seterusnya yang perlu saya buat?

Pengguna boleh merujuk kepada papan tanda WK untuk berhubung dengan pemberi perkhidmatan, Pejabat Wilayah SKMM atau Biro Aduan Pengguna SKMM untuk mendapatkan bantuan.

 

6. Saya ingin membuat aduan mengenai mutu perkhidmatan WiFi yang tidak memuaskan. Di mana saya boleh melaporkan sebarang aduan kerosakan?

Pengguna boleh merujuk kepada papan tanda WK untuk berhubung dengan pemberi perkhidmatan, Pejabat Wilayah SKMM atau Biro Aduan Pengguna SKMM untuk membuat sebarang aduan kerosakan

 

7. Bagaimanakah cara untuk saya memohon WK di kawasan saya?

Pemilihan lokasi dan pelaksanaan WK adalah mengikut garis panduan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama agensi kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.

    

 

 


 

 

 Panduan Pengguna