MAKLUMAT AM

 

Lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Seberang Jerteh

                                                                                        

                Pusat Ekonomi Digital Seberang Jerteh terletak di kawasan perumahan awam iaitu bersebelahan dengan Tabika Kemas perpaduan di Perumahan Awam Seberang Jerteh, Pelagat 3. Ia diambil daripada nama sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Besut iaitu Mukim Pelagat. Perumahan Awam Seberang Jerteh merupakan salah satu kampung di dalam Mukim Pelagat yang mempunyai 12 kampung kecil.

              Mukim Pelagat merupakan pintu masuk utama dari Kelantan ke Bandar Jertih yang jaraknya 45km dari Bandar Kota Bharu. Keluasan Mukim Pelagat ialah 8,999.8 hektar. Manakala jarak Pedi Seberang Jerteh ke Bandar Jerteh hanya 4km dan ke Pekan Kuala Besut ialah 18km.

 

 
        Kedudukan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Seberang Jerteh bersebelahan dengan

Tabika Kemas Perpaduan Seberang Jerteh.

                     Daerah Besut merupakan salah satu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan. Luas Daerah Besut ialah 123,367.8 persegi iaitu kira-kira 9.52% daripada keluasan Negeri Terengganu. Daerah Besut mempunyai anggaran penduduk seramai 140,891 orang iaitu ketiga teramai bagi Negeri Terengganu. 


 

     Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Seberang Jerteh :

♦  Pendaftaran ahli RM 5.00

♦  Pembelajaran komputer dan internet secara percuma

♦  perkhidmatan fotostat, print, banding, laminate dan scan

♦  Perkhidmatan reload celcom/maxis/digi

♦  Pembayaran bil elektrik/air

♦  Pendaftaran dan pembaharuan SSM

♦  Bengkel asas komputer dan internet

Waktu Operasi:

Dibuka setiap hari kecuali cuti umum

Dari :

9.00 Pagi - 6.00 Petang

Rehat:

1.00 Ptg - 2.00 ptg

 

Antara latihan yang disediakan antaranya :

    • pengenalan asas komputer asas internet
    • aplikasi elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang )
    • dekstop Publishing ( Microsoft Office )

       

E-KERAJAAN

Merupakan satu transformasi penawaran perkhidmatan awam daripada pihak kerajaan yang dilakukan secara elektronik. Penggunaan internet, telah diakui berjaya membawa kesan positif dalam penambahbaikan dan kemajuan pelbagai bidang di sektor swasta dan awam dengan meningkatkan produktiviti secara lebih efisien, kos efektif dan mengurangkan karenah birokrasi. Terdapat pelbagai laman web yang menawarkan perkhidmatan atas talian daripada pelbagai jenis agensi kerajaan

 

E-DAGANG

Adalah salah satu proses transaksi perniagaan yang berlaku dalam talian atau lebih spesifik lagi melalui rangkaian elektronik. Ia merangkumi aspek jualan dan pembelian barangan atau perkhidmatan melalui sistem elektronik iaitu internet. Pelbagai jenis perdagangan boleh dilakukan seperti pemindahan dana, pemasaran melalui internet, transaksi atas talian dan sebagainya. Komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan hanya satu klik pada portal e-dagang

 

E-PEMBELAJARAN

Satu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk maklumat pengajaran. E-pembelajaran turut membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dan ilmu pengetahuan dapat disebarkan secara serentak menggunakan kaedah yang meluas digunakan di internet seperti forum, email, video dan perbualan. Ia juga merupakan satu pendekatan baru bagi rakyat Malaysia di mana mereka boleh melanjutkan pelajaran tanpa sempadan.

 

 

 

 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

 

  • One Stop services and information centre

  • Ruang dan bilik khas untuk pembelajaran

  • Bimbingan dan nasihat berkaitan ICT percuma

  • Ruang penggunaan berhawa dingin yang selesa

  • Caj penggunaan selama 1 jam - RM1.00 (Ahli)

  • Caj penggunaan selama 1 jam - RM2.00 (pelawat)

  • Perkhidmatan mencetak, scan, fotostat, binding dan laminated disediakan

  • Sebanyak 20 unit komputer disediakan untuk pengguna dan bilik khas untuk latihan ICT disediakan

  • Perkhidmatan Kiosk