Puan Zainun Bt Mahmood

Pengasas dan Pengusaha Pelbagai Produk Kesihatan Untuk Kesihatan Sejagat

 

      Puan Zainun merupakan seorang pengasas dan pengusaha produk kesihatan antaranya Hi-Goat, Solic Coffee, produk AVON, Bisness PowerGold dan sebagainya. Beliau seorang yang kuat bekerja keras dengan bantuan tenaga pengajar dari PI kami dapat membezakan kebaikan dan keburukan internet dan mengembangkan bidang perniagaan secara online serta menarik ramai orang yang berminat untuk menyertai perniagaan yang dijalankan. Kesan daripada penggunaan media baru sebagai kaedah utama untuk meningkatkan mutu perniagaan, beliau telah mendapatkan sambutan yang hangat.

 

Puan Zainun Bersama Produk Yang Diusahakannya

        Beliau juga mendapat tempahan secara atas talian daripada rakan Facebook dan Instagramnya yang berada dalan negeri Terengganu mahupun luar. Beliau menyedari bahawa penggunaan internet sangat penting untuk meningkatkan mutu perniagaannya di samping dapat menambah pendapatan keluarganya. Petugas juga telah memberi pendapat untuk mereka bentuk poster atau flyers tanpa mengupah di kedai yang mana boleh menjimatkan perbelanjaan dan kos lain-lain beliau. Cadangan tersebut dipersetujui olehnya dan sedang berusaha untuk menyiapkan maklumat yang berkaitan dengan perniagaannya. Beliau kini sangat aktif menguarkan tentang perniagaan yang dilakukan ke dalam laman sesawang secara online dan offline.


 

 

Beliau juga pernah menerima anugerah usahawanan AVON

 

 Beliau juga menjadikan PI sebagai tempat utama dalam penyediaan perniagaan secara online

 

Puan Zainun telah berjaya meluaskan perniagaanya dengan memiliki sebuah kedai yang boleh meletakkan pelbagai produk yang dijual diamana pelanggan boleh mendapatkan barangan secara “walk in” .

 

 

 

 

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)

 

                 Pembabitan wanita dalam bidang perniagaan semakin bertambah, atas semangat ingin berjaya dan berdaya maju. Hal ini ditambah pula dengan galakan yang diberikan oleh kerajaan melalui kursus, bantuan kewangan atau sokongan dari pelbagai pihak seperti institusi kewangan. Sikap mahu bersaing dalam arus globalisasi ini dibuktikan oleh Noraaini Che Embong dari Besut, Terengganu yang pada mulanya memulakan perniagaan hanya secara kecil-kecilan.

 

Pengurus NBCE Enterprise 

 

Nama Syarikat          : NBCE Enterprise
Alamat Syarikat        : 2382 Taman Saujana, Padang Luas, 22000 Jerteh TRG.
No. Telefon               : 017 – 9723 744
Produk                     : Rempeyek & Biskut Raya.

Cabaran yang ditempuhi dianggap sebagai kelaziman dalam menongkah arus dalam bidang niaga. "Bagi saya, kejayaan tidak semudah diucapkan tanpa kekentalan yang jitu dan memerlukan kekuatan fizikal. Jika tidak sabar kita akan rebah tersungkur dan sukar melangkah dari satu tapak ke satu tapak," ujarnya dengan penuh bersemangat.

Noraaini berharap suri rumah akan pandai mengisi masa lapang  yang ada dengan kerja–kerja berfaedah dari berbual kosong begitu sahaja.

(Sumber : Pegawai Pemasaran NBCE Interprise, En Amran B Aziz, Penolong Pegawai Pusat Pengembangan Pertanian Pelagat, 22000 Jerteh, Terengganu)