Tarikh | : 07.06.2024 |
Masa | : 2.00 ptg - 3.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan kemahiran pembelajaran berpendidikan secara atas talian dan juga mendidik peserta dalam menggunakan ict dan teknologi dengan bijak secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer atau teknologi. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini dimulakan dnengan penerangan ringkasoleh petugas tentang applikasi yang akan digunakan untuk pembelajaran yang berbentuk permainan kuiz secara atas talian. Peserta diminta untuk membuka laman web "coolmaths4kids" untuk bermain kuiz tersebut. Setelah semua peserta membuka peserta diminta untuk memilih kuiz yang ditunjukkan oleh petugas dan mereka semua memulakan kuiz matematik yang berbentuk permainan. Kuiz ini ssangat membantu peserta bukan sahaja dalam fokus tetapi ketangkasan tangan dan kepantasan dalam berfikir untuk menjawab soalan matematik tersebut. Akhir sekali, peserta dapat melihat keputusan siapa yang menang dan juga markah serta kesalahan dalam menjawab kuiz tersebut. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.