Tarikh | : 14.06.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mengajar dan membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran dalam komputer dan applikasi yang boleh peserta belajar dan mendidik peserta dalam mencari maklumat secara bijak. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah pembelajaran asas membuat kad dengan menggunakan Microsoft Publisher. Dalam bengkel ini peserta diminta untuk membuka Microsoft Publisher dan juga peserta diberikan tunjuk ajar melalui skrin didepan bagaimana cara untuk membuat kad menggunakan Microsoft Publisher. Selain itu, peserta diajarkan teknik-teknik asas dalam membuat kad dan bagaimana cara untuk menggunakan Publisher seperti cara untuk menyuting size, perkataan, latar belakang, gambar dan sebagainya. Peserta mula membuat kad mengikut teknik-teknik yang diajarkan dengan bantuan dan bimbingan daripada petugas.