Atuk's GuestHouse
Terletak di Jalan Durian Bongkok Seberang Jerteh iaitu 500 meter dari PI Seberang Jerteh. Menyediakan perkhidmatan rumah sewa harian yang sesuai untuk rumah persinggahan kenduri, rumah keluarga dan lain-lain. Mula dibuka pada pada Oktober 2012. Guesthouse yang mempunyai 1 bilik dilengkapi aircond, 2 bilik berkipas, 1 dorm dilengkapi aircond, dua ruang tamu yang luas, dapur dan kolam renang.
Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak (Swimming Pool) yang terdapat di Atuk's GuestHouse
Pintu masuk utama Atuk`s Guest House Bilik penginapan berhawa dingin
Waktu Operasi :
Pagi
8.00am - 10.00am
10.15am - 12.15pm
Petang
2.15pm - 4.15pm
4.30pm - 6.30pm
Malam
8.00pm - 11.00pm
Hutan Lipur Lata Belatan
Terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat di sini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu, sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.
Penunjuk Arah Ke Lata Belatan
Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Hutan Lipur Lata Belatan adalah starting point untuk mendaki Gunung Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki. erletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau pekan Jertih. Dari pekan Jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.
Batu Bertingkat Di Lata Belatan
Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak Gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan Hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ, setiap pendaki akan menyusur ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan, di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan ke puncak.
Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan untuk perkelahan bersama keluarga. Di sini amat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini tidak pernah sunyi kerana sentiasa dihidupkan dengan kem kesedaran bina insan, jati diri,pengakap, kadet polis dan lain-lain lagi. Lata Tembakah menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk setempat malah mereka yang tinggal di luar kawasan Besut. Jambatan gantung yang disediakan selain air terjun dan batu batan yang cantik sememangnya cukup menyejukkan mata yang memandang.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
Lokasi: Jertih, Terengganu
Tel. : 09-8441404
Gunung Tebu
Ketinggian : 1039 meter/ 3408 kaki
Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.
Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu, dan mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal. Keunikan Gunung Tebu ialah dipuncaknya terdapat sebuah kubur dan tempat yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk bertapa.
Lokasi Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari Pekan Jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.
Petunjuk arah ke Gunung Tebu
Hutan Lipur Lata Belatan, adalah titik permulaan untuk mendaki Gunung Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki. Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah dan bersiar-siar. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah gerai-gerai jualan, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Pemandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus.
Jarang pendaki akan bermalam di Puncak Gunung Tebu kerana tiada sumber air di sana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan yang terdapat satu papan tanda dari PMM dan terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua.
Peta Menuju Ke Gunung Tebu
Dari batu tersebut, jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja. Teruskan menuruni batu sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini, kawasan terbuka dan berangin dan disarankan agar turun ke bawah sedikit untuk berkhemah. Malah terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi terus dengan pihak berkenaan.
SUMBER: Pegawai Hutan Daerah, Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404
- Seterusnya
- Seterusnya >>