Tarikh | : 11.07.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 13 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi mempeluang peserta untuk mempelajari ict dan membiasakan peserta dengan komputer terutama pelajar diperingakat awal. Malah, teknologi akan membantu masyarakat dalam keberkesanan aktiviti pembelajaran serta pencarian maklumat. Bengkel yang diadakan ini sekali gus dapat memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidamtan yang terdapat di NADI ini.
Aktiviti
Aktiviti ini adalah salah satu pembelajaran ict yang diajarkan di Nadi Seberang Jerteh. Dalam aktiviti ini peserta diajarkan pembelajaran secara atas talian mengikut tahap mereka bagi meningkatkan kemahiran dalam komputer dan juga peningkatan ilmu pembelajaran. Peserta terlebih dahulu diterangkan secara ringkas mengenai komputer dan juga applikasi yang akan digunakan iaitu "uptoten". Applikasi ini terdapat pelbagai pilihan pembelajaran salah satunya adalah mewarna untuk pelajar tadika. Dalam applikasi tersebut peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan berus dan mewarna objek yang dipaparkan di komputer. Selain itu, diajarkan juga bagaimana untuk menyusun "puzzle" permainan dan juga bagaimana cara menyambung huruf atau nombor untuk membentuk objek seperti haiwan atau manusia.Aktiviti ini membantu prkembangan pemikiran dan mewujudkan pelajar yang berinovasi dan celik it. Akhir sekali peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh petugas dengan baik.
Tarikh | : 11.07.2024 |
Masa | : 9.00 pg - 10.00 pg |
Lokasi | : NADI Kg Jabi |
Peserta | : 13 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat dan melatih kemahiran komputer dan ict. Selain itu, aktiviti ini juga adalah untuk melatih peserta dalam pemikiran yang kritis serta kemampuan seseorang dalam interaksi dan sosialisis. Secara langsung ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran secara fizikal dengan membuat dadu kotak vokal yang diberikan oleh petugas. Peserta diminta untuk membentuk semula kotak dadu tersebut yang mana di kotak tersebut terdapat huruf vokal untuk dipelajari atau bermain sambil belajar dengan kotak dadu tersebut. Peserta dibekalkan dengan gam untuk membentuk kotak dadu vokal tersebut. Dalam membentuk kotak tersebut peserta dibantu untuk membuat kotak tersebut. Hasil daripada aktiviti adalah peserta dapat mengenal huruf vokal dio samping membentuk kemahiran dan kepekaan peserta dengan membentukkan semula kotak dadu vokal tersebut. Peserta sangat seronok membuat dadu vokal tersebut dan diharapkan dengan adanya aktiviti ini akan meningkatkan serta menarik lebih ramai minat komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.
Tarikh | : 08.07.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan menaip menggunakan Microsoft Word untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer untuk membiasakan peserta dengan komputer serta applikasi yang terdapat dalam komputer. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke NADI.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta untuk belajar menaip menggunakan applikasi microsoft word untuk menyiapkan lembaran kerja peserta.Dalam bengkel ini peserta diajarkan dan dibantu untuk menyiapkan kerja kursus mereka melalui Microsoft Word. Peserta diajarkan bagaimana untuk mengubah "layout", ukuran size, warna, cara masukkan gambar, menytuntingkan gambar, membuat jadua dan sebagainya. Malah, diajarkan juga bagaimana menggunakan papan kekunci untuk memudahkan kerja dalam menaip seperti pengunaan "space" , "enter", "caps lock" dan sebagainya. Selain itu, diajarkan juga bagaimana cara menyimpan file yang dibuat dan menukarkan dokueman dalam bentuk pdf atau dalam bentuk word. Peserta memahmi dengan baik dan berjaya menyiapkan kerja kursus peserta.
Tarikh | : 10.07.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan latihan komputer dan ict untuk meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga teknologi digital sejajar dengan perkembangan dan penggunaan teknilogi pada masa kini. Dengan aktiviti ini secara langsung ia dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan dan aktiviti yang diadakan disini.
Aktiviti
Aktiviti ini bermula dengan penerangan secara ringkas tentang internet dan juga applikasi canva yang akan digunakan oleh peserta. Petugas membantu dan mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat suntingan imej atau gambar di canva. Sebelum itu, peserta diajarkan bagaimana cara untuk masukkan imej yang dicari dibrowser atau gambar dari pesaerta untuk dimasukkan ke dalam "folder" canva. Setelah imej dimasukkan pesrta diajarkan teknik-teknik asas dalam menyunting canva seperti cara size gambar, pergerakan gambar, tulisan, cara masukkan frame atau pemilihan imej dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menukarkan latar belakang dan bagaimana cara untuk memilih "template" serta size ukuran untuk menyunting. Peserta berjaya menggunakan teknik-teknik asas yang diajarkan serta memahami dengan baik apa yang telah diajari hari ini
Tarikh | : 05.07.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 13 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti menjawab kuiz santai dalam applikasi Kahoot adalah untuk memberikan pendidikan terhadap penggunaan ict secara bijak dan juga mempelajari kuiz berpendidikan secara atas talian. Dalam bengkel ini aktiviti yang dijalankan melalui applikasi yang dipilih oleh petugas dan juga soalan dalam applikasi tersebut juga di olah oleh petugas untuk peserta menjawab kuiz tersebut. Sebelum peserta memulakan aktuiviti menjawab kuiz tersebut, mereka perlu memasukkan no pin yang tertera di paparan skrin hadapan. Setelah no pin dimasukkan peserta mula menjawab kuiz bersama dan perlu memilih jawapan yang telah disediakan dengan cepat. Dalam applikasi ini juga ia akan menunjukkan kedudukan peserta yang pantas menjawab kuiz dan juga jawapan yang betul untuk memudahkan peserta mengetahui kesalahan serta kedudukan mereka ketika menjawab kuiz tersebut. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diberi peluang untuk bertanya lebih teperinci mengenai kuiz mahupun dari soalan-soalan yang diberikan oleh petugas. Perserta sangat teruja dan seronok dalam menjawab kuiz kahoot dan memahami dengan baik. Diharapkan dengan kepelbagaian program sebegini akan dapat menarik minat peserta lain untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh NADI.