SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) SEBERANG JERTEH

          Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Seberang Jerteh, Besut, Terengganu mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pedi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pedi untuk Fasa 1 dan 73 Pedi untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

  •  - Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
 - Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

 - Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang

dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI).

 - Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
 - Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

Pedi Seberang Jerteh menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 - Pengenalan asas komputer
 - Asas internet
 - Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
 - Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
 - Latihan keusahawanan

 

 

 

 JUMLAH KEAHLIAN :

 

Pedi Seberang Jerteh telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2009. Ramai telah mendaftar diri sebagai ahli dengan Pedi Seberang Jerteh bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah ;

 AHLI LAMA

  2740

 AHLI BARU JULAI 2023

                      3                     

 JUMLAH KESELURUHAN SEHINGGA JULAI 2023

 2753

 

 

 KENALI PETUGAS PEDI :

 

Untuk menjadi petugas Pedi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pedi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

 

PENGURUS

 

 

NAMA : NORFAZILA BINTI MIZAM

MULA BERKHIDMAT : 1 FEBRUARI 2015

No Telefon : 014-8096233

 

 

PENOLONG PENGURUS

 

 

 NAMA : NURUL ATIKAH BINTI YUSOF

MULA BERKHIDMAT : 06 JANUARI 2022

No Telefon : 014-5163506

 

 

 MAKLUMAT PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) SEBERANG JERTEH


              

Sudut Pandangan Hadapan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Seberang Jerteh Bersebelahan Dengan Tabika Perpaduan

 

 

Sudut Pandangan Dalam Pedi Serta Kaunter Pembayaran Dan Pendaftaran

 

 

     

Sudut Pandangan Bilik Belajar / Bilik Latihan PEDI Seberang Jerteh

             

               Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pedi Seberang Jerteh merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

  

       Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pedi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pedi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut : 

    • e-Kerajaan (e-Government) 
    • e-Pembelajaran (e-Learning)
    • e-Dagang (e-Commerce)
    • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
    • Pusat Komunikasi
    • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
    • Pusat peperiksaan dan persijilan