Tarikh : 17.04.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat. Selain itu, untuk  menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dan keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diajarkan kemahiran dalam penggunaan streamyard live untuk penerangan pemakanan sihat. Peserta diajarkan dan dibantu bagaimana cara atau teknik untuk menggunakan applikasi tersebut bermula dengan pendaftran diri sebelum menggunakannya. Setelah peserta berjaya mendaftarkan diri petugas akan membantu peserta bagaimana cara untuk menggunakan seperti bagaimana cara untuk membuka kamera, suara, bagaimana untuk mutekan suara, bagaimana cara untuk meletakkan pembentagan untuk pemakanan sihat. Hal ini kerana, peserta juga perlu membuat peneragan secara ringkas tentang pembelajaran pemakanan sihat secara atas talian. Oleh itu, peserta diajarkan dan dibimbing sehingga selesai penerangan secara atas talian tersebut. Peserta berjaya menghabiskan sesi bengkel ini dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 15.04.2024
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan komputer serta melatih untuk meningkatkan kemahiran dan juga pemikiran yang kreatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan ringkas bagaimana untuk mencari laman web pembelajaran dengan meminta peserta untuk menaip di browser dan mencari laman web applikasi ABCYA.Setelah peserta membuka applikasi tersebut, petugas akan memilih aktiviti permainan yang berbentuk pelajaran mengenal huruf atau nombor. Peserta dibantu dan diajarkan bagaimana cara untuk bermain permainan berbentuk pembelajaran dan kuiz ini supaya mereka faham bagaimana ia berfungsi serta mudah untuk diterima ilmu sebegini kerana ia tidak akan membosankan sekali gus pembelajaran ini akan membuat mereka lebih fokus  terhadap pemkbelajaran ini. Peserta sangat seronok dan teruja dalam menyelesaikan permainan berpendidikan ini.

Gambar Disini

 

 

 

\

Tarikh : 05.04.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi dapat dipertingkatkan dan mendidik masyarakat menggunakan ict dengan bijak dan memberikan manfaat kepada mereka. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Dalam aktiviti bengkel ini adalah peserta diajarkan bagaimana cara untuk menukarkan dokumen daripada pdf pada dokumen word yang boleh disunting balik dokumen tersebut menggunakan applikasi "ilovepdf". Peserta diminta untuk membuka atau melayari applikasi "ilivepdf" sebelum menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan tersebut. Setelah dokumen ditukar peserta dibantu dan diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Word yang telah ditukarkan tersebut seperti perlu memilih dan menekan "enable editing" untuk menyunting semula dokumen tersebut. Peserta berjaya menyiapkan tugasan dengan baik.

Gambar Disini

 
 

 

 

 

Tarikh : 06.04.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 

ujuan

Bengkel Asas ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan ict dalam menterjemahkan rumi kepada jawi untuk mengangkat martabat bahasa jawi serta mededahkan peserta kepada kemahiran teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kemahiran komputer dan penggunaan applikasi dapat dipertingkatkan dan mendidik masyarakat menggunakan ict dengan bijak dan memberikan manfaat kepada mereka. Sekali gus, bengkel ini juga dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan di pedi ini. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menterjemahkan daripada rumi ke jawi serta bagaimana cara untuk memasukkan dan menyunting tulisan jawi ke dalam applikasi Power Point. Terlebih dahulu peserta diminta untuk membuka browser jawi.net untuk menterjemahkan tulisan rumi ke jawi. Setelah itu, peserta diminta untuk menulis nama peserta dan menekan butang terjemah nama ke jawi. Selain itu, peserta diajarkan pula bagaimana cara untuk 'cppy' atau menyalin tulisan jawi dan memasukkan ke dalam applikasi Power Point. Dalam applikasi Power Point tersebut peserta diajarkan oleh petugas bagaimana cara untuk memilih 'template' yang sedia ada , cara untuk memasukkan gambar, menukarkan size tulisan, jenis, pertukaran warna dan sebagainya. Degan teknik-teknik yang diajarkan tersebut peserta berjaya menterjemahkan tulisan rumi ke jawi dan juga berjaya menyunting tulisan jawi dalam applikasi Power Point dengan bantuan daripada Petugas Pedi.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 02.04.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan mengajar peserta untuk menggunakan applikasi canva dalam membuat nota. Dengan adanya aktiviti ia akan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memudahkan proses pengeditan dan pemilihan 'template' serta untuk menyimpan file dalam membuat nota. Selepas mendaftarkan diri peserta memilih jenis 'template' nota yang tersedia dalam applikasi tersebut. Setelah itu, peserta mula mengedit 'tempale' tersebut dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas. Dalam peyuntigan 'template' tersebut petugas mengajar bagaimana cara untuk meletakkan imej, pemilihan simbol, bagaimana cara 'upload' dan sebagainya. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk menyimpan kad tersebut dalam bentuk pdf, imej, mp4 dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan canva untuk membuat nota dengan baik. 

Gambar Disini

Gambar Disini