Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. - Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. - Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. - Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. - Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. - Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. - Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

 

PENGENALAN

 

           B esut merupakan salah sebuah daripada tujuh daerah di Negeri Terengganu. Kedudukannya adalah bersempadan dengan Daerah Setiu, Terengganu di selatan dan Daerah Pasir Puteh, Kelantan di utara. Kegiatan ekonomi utama penduduk daerah ini ialah pertanian, nelayan dan sebahagiannya adalah kakitangan kerajaan dan swasta. Hospital Besut adalah salah sebuah daripada 6 buah hospital di Negeri Terengganu, mula beroperasi pada 21hb Oktober 1975. 
          Hospital yang asalnya dibina dengan kos lebih kurang RM 5.5 juta ini terletak 1 km dari pusat bandar Jerteh, 115 km dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZKT), 62 km dari Hospital Kota Bharu (HKB) dan 55 km dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM). HUSM dan HKB merupakan pusat rujukan utama kerana jaraknya yang lebih dekat berbanding HSNZKT. Hospital Besut menyediakan kemudahan rawatan kepada semua penduduk Daerah Besut serta sebahagian dari penduduk Daerah Setiu dan Pasir Puteh, Kelantan. 

 

 

Pintu masuk utama Hospital Besut dan klinik pergigian di Hospital Besut

 

 

Kemudahan Fizikal

Alamat surat-menyurat : Hospital Besut, 22000 Jertih, Terengganu.
Tel : 09-6971200 Faks : 09-6972762

 

Hospital ini terletak dalam kawasan seluas 18 ekar (7.8 hektar) dan mempunyai kemudahan infrastruktur seperti berikut:

 

• Blok Unit Kecemasan, Unit Hasil dan bilik Pegawai Khidmat Pelanggan.
• Enam buah wad dengan jumlah 140 katil, dan satu Unit Haemodialisis.
• Satu blok Unit Fisioterapi.
• Satu blok bangunan yang menempatkan Unit Pesakit Luar, Unit Patologi dan Tabung Darah, Unit Farmasi, Unit Pentadbiran    dan Rekod   Perubatan & Unit Pengimejan Diagnostik serta Klinik Kesihatan Pekerjaan dan Klinik Pakar.
• Satu blok menempatkan Unit Sajian dan Dietetik, Bilik Mesyuarat Utama dan Pejabat Kejururawatan.
• Bangunan Stor Perubatan, Stor Gas Medical dan Stor Mudah Terbakar.
• Satu blok Unit Penyeliaan dan pejabat SIHAT.
• Bangunan Dewan Bedah dan Unit Bekalan Bahan Steril.
• Rumah Mayat, Janakuasa Tunggusedia dan Pencawang Elektrik
• Sebuah rumah pelajar perubatan HUSM dan sebuah balai pelawat.
• Loji Rawatan Kumbahan Berpusat.
• Bangunan Pejabat Radicare.

• Sebuah Asrama Jururawat

 

   

Pintu utama Klinik kesihatan Jerteh dan bahagian pentadbiran klinik Jerteh