Tarikh : 05.06.2024
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Pasir Akar
Peserta : 26 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan latihan kemahiran keusahawanan dan juga untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan perniagaan untuk membantu para usahawan kecil dalam kalangan masayarakat memperkembangkan lagi pemasaran atau aktiviti perniagaan melalui media digital dan teknologi kini. Sekali gus, dapat meningkatkan ekonomi para usahawan dan juga hasarat kerajaan untuk melahirkan usahawan digital serta membantu pertumbuhan ekonomi negara. Secara langsung ini dapat juga membantu meningkatkan promosi dan hebahan kepada masayarakat tentang aktiviti dan latihan bengkel yang diadakan di NADI secara percuma.

Aktiviti

Bengkel pada hari tersebut memfokuskan tentang bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian melalui pelbagai platform atas talian seperti shopee, lazada, tik tok dan lain-lain. Dalam bengkel ini peserta diterangkan dan diajarkan dengan bantuan para petugas NADI dan juga Rakan Digital (RD) untuk membantu para usahawan untuk mendaftarkan diri dalam kedai atas talain bagi peserta yang baru mula berniaga atau tidak mempunyai asas kedai atas talian. Peserta diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukan produk jualan dan juga keterangan atau maklumat produk seperti size, warna, berat, nama produk dan sebagainya. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan dan meningkatkan pemasran serta jualan produk usahawan melalui kedai atas talian. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini