Tarikh | : 25.08.2024 |
Masa | : 9.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat berkaitan dengan keusahawanan untuk membuka kedai atas talian dan juga pemasaran produk secara digital. Secara langsung ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam dunia teknologi dan ict untuk usahawan memasarkan produk mereka ke pasaran digital. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini membantu peserta dalam pemasaran produk melalui kedai atas talian. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai atas talian dan juga bagaimana cara untuk menjadi "affiliate" dan bagaimana cara untuk membuka akaun "affiliate". Peserta diminta untuk memuat turun "shoppe" dan juga "tik tok" bagi mereka yang tiada kedua-dua applikasi tersebut. Manakala, bagi peserta yang sudah ada applikasi itu peserta terus diajarkan bagaimana cara untuk membuka kedai dan menjadi affiliate dengan mendaftarkan akaun tersebut. Selepas berjaya mendaftarkan diri peserta diajarkan dan dibantu bagaimana cara untuk memasukkan maklumat produk dari memasukan gambar produk, berat , maklumat produk dan lain-lain. Selain itu, dalam bengkel ini juga mengajar dan membantu peserta dalam menjadi "affiliate" untuk mencari pendapatan melalui "affiliate". Dalam "affiliate" ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat video "content"dan bagaimana cara untuk meletakkan "link affliate" ke media sosial serta bagaimana cara untuk memasukkan beg kuning di dalam video promosi jualan bagi applikasi "tik tok". Peserta sangat seronok dan teruja dengan bengkel ini dan petugas berharap dengan adanya bengkel ini akan dapat menarik lebih ramai komuniti untuk menjadi usahawan dan mencari pendapatan melalui jualan digital sekali gus menarik minta lebih ramai untuk menyertai aktiviti yang diadakan di NADI.
Tarikh | : 03.09.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah berkaitan dengan microsoft excel membuat jadual untuk peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Petugas terlebih dahulu menerangkan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan excel dan memberi buku ict sebagai rujukan untuk peserta mengikut langkah tersebut supaya memudahkan lagi pemahaman peserta. Dalam bengkel tersebut, peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual seperti penggunaan ';merge and centre', bagaimana untuk membuat garisan, menukar tulisan, size dan sebagainya. Peserta membuat jadual mengikut teknik dan pemahaman yang diajar berserta buku sebagai panduan untuk menyiapkan jadual tersebut. Peserta berjaya menyiapkan jadual dan memahami dengan baik.
Gambar Disini
Tarikh | : 23.08.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam memperkembangkan perniagaan melalui pemasaran pendigitilan. Melalui bengkel ini kemahiran komputer dapat ditingkatkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan usahawan untuk memperluaskan pemasaran perniagaan secara atas talian. Secara langsung ini akan menarik minat lebih ramai peserta untuk berkunjung dan menyertai aktiviti yang diadakan di sini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan pada internet dan juga penerangan secara ringkas tentang applikasi yang digunakan untuk urusan jual beli secara atas talian seperti jompay, online banking dan sebagainya. Dalam bengkel tersebut peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan applikasi jompay melalui applikasi bank peserta. Peserta dibantu dan diajarkan langkah-langkah dengan membuka applikasi bank yang ingin digunakan. Selepas itu, peserta diajarkan langkah dalam membuat pembayaran melalui jompay sehingga selesai dan berjaya menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya dan memahami dengan baik bagaimana cara untuk menggunakannya.
Tarikh | : 01.09.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir. Selain itu, untuk memberikan pendedehan dengan applikasi baru seperti canva, planifly, dan lain-lain. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.
Aktiviti
Bengkel ini memfokuskan pada cara untuk membuat nota pendidikan dengan menggunakan applikasi canva. Dalam bengkel ini peserta diperkenalkan applikasi canva dan cara untuk mendaftarkan diri sebelum peserta menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam mengajarkan bagaimana cara untuk membuat nota pendidikan dengan memilih terlebih dahulu "template" nota untuk disunting. Setelah masing-masing memilih "template" nota tersebut peserta mula mengedit 'tempale' dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas. Peserta diajarkan bagaimana untuk menaip dengan menyunting perkataan atau tambah kota untuk menaipkan ayat. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk memasukkan gambar, membuang ayat atau gambar, bagaimana cara untuk mengerakkan gambar, perkataan dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan canva untuk membuat nota pendidikan dengan baik.
Gambar Disini
Tarikh | : 21.08.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict dan juga applikasi dalam komputer yang boleh dimanfaatkan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan seharian. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi serta celik it seiring dengan kemajuan teknologi kini. Dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah merupakan aktiviti keusahawanan Microsoft Office dalam membuat jadual dan urusan perniagaan menggunakan applikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk mencari bahan untuk perniagaan. Melalui bahan yang dicari seperti gambar atau maklumat lain tentang produk peserta di masukkan ke dalam Microsoft Word dan Excel. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat jadual jualan atau jadual harian penggunaan bahan untuk jualan menggunakan Microsoft Office seperti bagaimana cara untuk membuat jadual menggunakan "menu" yang tersedia dalam applikasi tersebut.seperti excel atau word. Dengan teknik-teknik yang diajarkan peserta berjaya menyiapkan urusan perniagaan menggunakan Microsoft Office ini.