Tarikh | : 19.07.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 16 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat dan melatih kemahiran komputer dan ict serta kemahiran sosial dan insaniah untuk membentuk masyarakat yang jitu dari segi jati diri, intelektual dan interaktif seiring dengan perkembangan teknologi hari ini. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran softskill atau kemahiran membuat "line" atau garisan mengikut bentuk yang diberikan. Dalam aktiviti ini peserta telah dibahagikan kertas latihan "line coding", pembaris, dan juga pen warna setiap seornag. Peserta cuba untuk membuat garisan mengikut objek yang ditunjukkan di seblah kiri kertas sehingga terhasilnya bentuk yang betul. Latihan ini bukan untuk melihat siapa paling cepat tetapi untuk melihat kepekaan dan teliti serta kekemasan dalam membuat "line coding" itu, Akhir sekali, peserta dapat melihat hasil pembelajaran melalui softskill ini yang mana ia menunjukkan pemikiran yang kritis, kreatif serta peka atau fokus dalam menyelesaikan bentuk tersebut dan secara langsung ia dapat diterapkan dalam kehidupan peserta dalam menyelesaikan masalah dan mewujudkan pelajar yang berinovasi. Di samping itu, kelas ini juga telah disediakan hadiah untuk mereka yang menang dan juga sagu hati untuk yang tidak menang sebagai motivasi untuk para peserta.