Tarikh : 20.07.2024
Masa : 4.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 16 Orang

 

 

 

 

TUJUAN :

Memberikan pendedahan dan membina pemikiran yang kreatif dan juga semangat kerjasama dalam menyiapkan aktiviti untuk menghasilkan buaian di samping untuk meningkatkan pengetahuan peserta terhadap dunia teknologi agar seiring dengan perkembangan dunia hari ini. Petugas juga berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.

Bahan-bahan yang Diperlukan :

- Batang Aiskrim dan Batang Lidi

- Glue Gam

- Pistol Gam

- Tali

- Gunting

Langkah-langkah:

1) Peserta ditunjukkan demostrasi melalui video sebelum mereka memulakan untuk menghasilkan buaian

2) Selepas itu, peserta dibahagikan pada beberape kumpulan dan mengambil beberape batang aiskrim untuk menghasilkan buaian

3) Peserta mula mencantumkan atau membuat tapak dengan beberape batang aiskrim untuk buaian dan melekatkan dengan glue gam

4) Selepas itu, peserta membuat pula tiang kiri dan kanan serta atap untuk buaian

5) Setelah tapak, tiang dan juga atap dihasilkan, peserta mula membuat tempat duduk mengikut kreativiti masing-masing

6) Akhir sekali peserta mengatungkan tali di tempat duduk buaian untuk melengkapkan proses menjadi sebuah buaian dan mencuba mengerakkan buaian untuk melihat kekuhan buaian yang dihasilkan.

  1. Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana cara kita untuk membuat buaian dan membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan buaian. Disamping merangsang minda yang kreatif dan juga pemikiran yang kritis yang mana kita dapat melihat pelbagai bentuk buaian yang dihasilkan oleh mereka mengikut kreativiti masing-masing. Diharapkan aktiviti boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa kerana ia melibatkan penggunaan elektronik iaitu glue gam. Selamat mencuba!

Gambar Disini