Tarikh : 01.08.2024
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan kemahiran komputer untuk meningkatkan ilmu pengetahuan komputer dan ict serta membiasakan peserta dengan komputer ini sejajar perkembangan dunia teknologi pada masa kini. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan supaya memudahkan kefahaman peserta sebelum aktiviti dijalankan. Dalam bengkel ini petugas telah membuka setiap komputer ke laman web applikasi pembelajaran seperti Wordwall dan Uptoten untuk mereka mempelajari serta bermain dalam applikasi tersebut. Peserta diajarkan bagaimana untuk menjawab kuiz atau soalan mengikut tahap pembelajaran peserta. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan applikasi uptoten yang mana applikasi ini pembelajaran lebih pada permainan berpendidikan dan juga bagaimana cara untuk mewarna secara atas talian menggunakan applikasi tersebut. Peserta diajarkan bagaimana untuk menggerakkan berus warna dan memilih warna untuk diwarnakan di dalam applikasi itu. Peserta mengikut langkah yang diajar petugas melalui paparan skrin depan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman peserta dalam menggunakan applikasi tersebut. Peserta sangat teruja dan seronok mempelajari applikasi tersebut dan memahami dengan baik apa yang telah diajarkan.

Gambar Disini