Tarikh : 19.07.2024
Masa : 12.00 ptg - 1.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 16 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan latihan berasaskan ict dan teknologi iaitu pembelajaran dalam applikasi secra atas talian. Dengan aktiviti ini ia dapat memperluaskan pengetahuan peserta dalam pencarian maklumat untuk bahan pembelajaran. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi "liveworksheet" dan juga "coolmath4kids" untuk bagi pemahaman peserta bagaimana cara untuk menggunakannya. Dalam bengkel tersebut petugas juga memberi tunjuk ajar mnelalui skrin besar untuk memudahkan peserta dalam mengikuti langkah yang diajarkan dari membuka atau mencari laman web applikasi tersebut sehingga bagaimana cara untuk menjawab kuiz santai secara atas talian dalam applikasi tersebut. Peserta mula menjawab solan-soalan yang dipilih berdasarkan tahap pembelajaran masing-masing. Malah, dalam applikasi tersebut juga peserta boleh menjawab bersama seperti permainan tetapi soalan tersebut berbentuk pembelajaran dan peserta juga boleh menyemak soalan yang telah dijawab oleh mereka. Akhir sekali  dengan bantuan applikasi ini peserta dapat meningkatkan ilmu dan boleh membuat perbandingan soalan dan jawapan mereka untuk pembelajaran. Selain itu, meningkatkan pemikiran , fokus serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer. Akhir sekali peserta dapat memahami dan boleh membuat perbandingan soalan dan jawapan mereka untuk pembelajaran. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.

Gambar Disini