Tarikh | : 16.07.2024 |
Masa | : 2.30 ptg -4.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 23 Orang |
Tujuan
Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam penggunakan teknologi atau applikasi yang boleh peserta gunakan untuk urusan jualan perniagaan mereka. Selain itu, dengan bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran it dan juga meningkatkan pengetahuan peserta dalam perniagaan perdigitilan. Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan pada internet dan juga penerangan secara ringkas tentang applikasi yang digunakan untuk membuat jadual jualan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan "menu" yang terdapat dalam applikasi Microsoft Word dan bagaimana cara untuk membuat jadual jualan mengikut format yang mudah difahami peserta untuk merekodkan bahan dan jualan produk. Dalam applikasi Microsoft Word tersebut peserta dibantu dan diajarkan bagaimana teknik membuat jadual sama ada membuat sendiri jadual menggunakan berus yang ada di dalam applikasi tersebut atau memilih kotak jadual yang telah disediakan dalam applikasi tersebut. Selain itu, peserta juga dibimbing dan dibantu oleh petugas bagaimana cara untuk memasukkan maklumat atau rekod jualan mengikut urutan sehingga peserta dapat membuat sendiri. Peserta berjaya membuat jadual jualan dengan baik.