Tarikh : 24.08.2023
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan komputer dan pencarian maklumat terutama dalam kalangan kanak-kanak. Pendedahan ini awal ini dapat meningkatkan kemahiran dan melatih pemikiran mereka kearah yang celik it, kreatif dan inovatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan serta penerangan ringkas bagaimana cara untuk menjawab kuiz dan permainan pendidikan dalam kelas tersebut. Dalam kelas ini petugas telah memberikan latihan atau mengajarkan dua applikasi yang boleh peserta belajar iaitu applikasi wordwall dan applikasi abcya.com. Permulaannya petugas meminta peserta untuk membuka applikasi wordwall yang mana dalam applikasi tersebut peserta perlu menjawab tiga kuiz yang telah ditetapkan oleh petugas. Selain itu, peserta juga diminta untuk membuka applikasi abcya.com untuk bermain permainan berpendidikan seperti menyusun semula huruf, menhias kek dan sebagainya. Peserta mengikut langkah yang diajar petugas melalui paparan skrin depan untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman peserta dalam menggunakan applikasi tersebut. Peserta berjaya menjawab kuiz dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 23.08.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat serta mempromisikan terutama dalam kalangan usahwan. Hal ini kerana, pada masa kini teknologi ict ini banyak digunakan dan memberikan impak yang sangat besar kepada sistem terutama dalam pemprosesan data, pencarian maklumat serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai pengurusan kewangan untuk industri kecil sederhanan (IKS). Dalam bengkel tersebut telah diterangkan secara ringkas mengapa pengurusan kewangan untuk iks yang penting untuk usahawan itu menguruskan kewangan dengan betul agar dapat membezakan keuntugan dan modal yang dikeluarkan. Selain itu, bengkel ini mengajar bagaimana usahawan untuk membuat perancangan kewangan seperti perkiraan utung bersih, perbelanjaan, kos jualan, merekod setiap jualan dan sebagainya. Peserta dapat menghabiskan sesi tersebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 19.08.2023
Masa : 09.30 pg - 10.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict untuk mencari maklumat dan juga dapat digunakan untuk pelajaran dari jarak jauh tanpa perlu berjumpa. Selain itu, dengan mempelajaran ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan ict dan komputer dan juga pemprosesan data, pencarian maklumat serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Melayu tahun 4 dan 5 yang dijalankan disini secara online untuk peserta yang telah berdaftar. Petugas mengajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi zoom seperti membuka audio, cara chat, membuka camera dan sebagainya. Dalam kelas online tersebut peserta akan diberikan nota atau latih tubi berbentuk pdf untuk memudahkan peserta menjawab soalan yang diberikan. Selain itu, untuk kelas Bahasa Melayu ini juga telah diajarkan juga kuiz berbentuk permainan yang mana peserta perlu menjawab berpandukan topik pengajaran dalam sesi kelas tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 22.08.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan inovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer.

 

Aktiviti

Bengkel ini diadakan untuk mencari bahan yang ada dalam browser atau internet dan menggunakan applikasi microsoft word untuk menaip dan memasukan carian tersebut ke dalam applikasi microsoft word. Petugas membantu peserta mengajar bagaimana untuk mencari imej atau bahan untuk kerja peserta dan memasukan dalam microsoft word. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk menyimpan gambar atau bahan yang telah disimpan ke dalam file serta bagaimana cara untuk 'copy' dari laman web terus masuk atau 'paste' ke dalam microsoft word. Peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 19.08.2023
Masa : 10.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Selain itu, bengkel ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta terhadap fungsi dan kegunaan ict yang banyak memberikan manfaat dan memudahkan urusan seseorang. Secara tidak langsung, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Bengkel ini dimulakan dengan penerangan tentang stem-to supaya dapat membuka minda atau membantu menjana pada pemikiran yang kritikal dan meningkatkan kreativiti serta daya saing dalam bidang sains, seni dan lain-lain. Dalam bengkel tersebut petugas memberi tunjuk ajar atau contoh terlebih dahulu bagaimana untuk peserta membuat teropong kertas. Bahan-bahan untuk membuat teropong kertas disediakan oleh petugas seperti kertas, reben atau tali, penebuk lubang, hiasan manik dan lain-lain. Peserta mengikut langkah yang diajar disamping dibantu oleh peserta dalam menyiapkan teropong kertas tersebut. Selain itu, petugas juga meminta peserta untuk menghiaskan teropong tersebut mengikut krativiti masing-masing. Peserta berjaya menyiapkan teropong kertas tersebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini