Tarikh | : 17.10.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel keuasahawanan teknik asas pemasaran dalam aplikasi tik tok shop adalah bertujuan untuk menggalakkan usahawan meluaskan pemasaran mereka dalam bentuk online atas kedai atas talian. Bengkel ini memberi pendedahan dan membantu usahawan dengan mengajar mereka bagaimana untuk memasarkan produk melaui kedai atas talian seperti tik tok shop.Sebagaimana kita tahu bahawa tik tok sekarang digunakan secara meluas di Malaysia. Oleh itu, dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.
Aktiviti
Permulaan bengkel ini dimulakan dengan petugas atau pelatih memberi penerangan secara ringkas tentang kedai atas talian. Selain itu, petugas juga memperkenalkan kepada peserta usahawan apa itu tik tok shop dan bagaimana ia dapat membantu usahwan untuk memperluaskan produk atau memulakan perniagaan bagi yang tiada produk. Petugas meminta peserta untuk meninstall atau memuat turun applikasi tik tok saller bagi yang masih tiada. Selepas itu, petugas menunjukan satu persatu langkah bagaimana cara untuk mendaftar akaun tik tok saller atau tik tok perniagaan dengan memasukan email dan no telefon atau menggunakan akaun tik tok yang sedia ada oleh usahawan. Apabila peserta berjaya masuk ke dalam akuan perniagaan tersebut, peserta atau usahwan diminta untuk memuat naik kad pengenalan bagi tik tok mengesahkan atau verify. Kesemua peserta mengikuti langkah yang telah diajarkan oleh petugas dan mengajar atau membantu usahawan dengan memasukan maklumat lengkap produk mereka kedalam kedai tik tok sama ada ingin memasukan video atau gambar produk sahaja. Dengan adanya tik tok shop ini peserta dapat menjana pendapatan yang lebih banyak serta meluaskan lagi pemasaran kerana tik tok merupakan pasaran digital terkini yang mendapat sambutan malah lebih mudah untuk mendapatakan pelanggan. Secara tidak langsung ini akan dapat mewujudkan usahawan digital yang mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini. Peserta dapat memahami dengan baik dan berjaya membuka akuan tik tok serta memasukan maklumat produk di dalam kedai tik tpk shop masing-masing.