Tarikh | : 06.05.2024 |
Masa | : 10.00 ptg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan tentang keusahawanan dalam menjual produk jualan melalui kedai atas talian bagi meningkatkan pasaran jualan dan juga memperluaskan ilmu serta kemahiran dalam teknologi dalam perniagaan. Sekali gus, bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDI.
Aktiviti
Bengkel ini memfokuskan bagaimana peserta membuka kedai atas talian melalui platform shopee untuk membuka ruang pasaran yang lebih meluas. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk mendaftarkan diri dan memuat turun applikasi shopee terlebih dahulu bagi mendapatkan akaun shopee dan akaun jualan. Peserta diajarkan bagaimana untuk memasukkan gambar produk, bagaimana cara untuk menyuntingkan maklumat produk, bagaimana untuk memasukkan size, pilihan warna sebagainya. Disamping itu juga, dalam kelas ini petugas telah membantu juga peserta dalam mendaftarkan diri ke akaun "affiliate" yang mana dengan adanya akaun tersebut peserta hanya mempromosikan barang yang dipilih dan pembayaran berdasarkan pembelian tanpa memegang dan menghantarkan stock. Program affiliate ini sangat membantu peserta yang ingin mencari dan menambahkan pendapatan lain. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.