Tarikh | : 15.09.2023 |
Masa | : 3.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 33 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai ict dan stem untuk melatih peserta agar terbiasa menggunakan komputer serta mfungsinye malah melatih peserta membiasakan dengan komputer ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini merupakan aktiviti stem mencipta flash car yang menggunakan bahan-bahan tersedia seperti botol, tudung botol, belon, straw minuman, lidi dan salotip. Kesemua bahan tersebut dibekalkan oleh petugas untuk peserta mencipta flash car dan juga mereka dibahagikan kepada beberape kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli sahaja. Terlebih dahulu petugas juga telah menerangkan bagaimana cara untuk membuat flash car kepada peserta melalui video malah, peserta dibantu oleh pettugas ddalam mencipta reka bentuk flash car tersebut. Diakhir bengkel ini peserta diminta untuk mengerakkan kereta tersebut untuk melihat sama ada rekaan mereka dapat bergerak atau tidak dapat bergerak menggunakan tekanan angin yang dilepaskan dalam belon tersebut. Peserta berjaya menggerakan kereta dan memahami dnegan baik.
Tarikh | : 15.09.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperluaskan penggunaan ict dalam pembelajaran. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk pemikiran yang kreatif sekali gus, kelas ini akan memperluaskan lagi penggunaan dan perkhidamtan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Bengkel ini adalah merupakan bengkel stem yang mana peserta diminta untuk membuat kapal terbang menggunakan kertas. Terlebih dahulu petugas telah memberikan penerangan secara ringkas bagaimana cara untuk membuat kapal terbang secara asas sahaja. Peserta mencipta kapal terbang menggunakan kertas yang telah diberikan dan cuba mencipta mengikut kreativiti yang dihasilkan oleh mereka. Disini kita dapat melihat pelbagai bentuk kapal terbang yang telah dciptan oleh mereka yang sangat kreatif. Malah, setelah kapal terbang tersebut siap dibentuk, peserta diminta untuk menerbangkan kapal terbang yang telah dicipta untuk melihat keupayaan atau kelajuan plain paper yang dicipta untuk terbang. Peserta memahami dengan baik dan berjaya menyiapkan serta menerbangkan plain paper tersebut.
Tarikh | : 14.09.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat terhadap ict dan penggunaan ict atau internet secara bijak dan berhemah. Selain itu melatih dan mempertingkatkan masyarakat terhadap ict dan digital supaya sering dengan perkembangan teknologi masa kini. Dengan adanya bengkel ini ia dapat menarik minat komuniti untuk berkunjung di pusat internet serta dapat menghebahkan perkhidmatan dan kelas yang ada disini.
Aktiviti
Topik pada bengkel adalah mengenai kemahiran temuduga atau interview yang diadakan secara atas talian ini. Dalam bengkel ini diterangkan tentang bagaimana teknik temuduga sebelum temuduga, selepas temuduga, jenis temuduga seperti temuduga melalui telefon, mock interview (bersemuka)dan sebagainya. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajarkan bagaimana komunikasi yang berkesan dalam menjawab setiap soalan dalam sesi temuduga. Malah, video contoh juga ditunjukan kepada peserta bagi rujukan atau panduan dalam menghadapi sesi temuduga. Peserta berjaya menghabiskan sesi bengkel tersebut dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 14.09.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terutama dalam kalangan pelajar terhadap kepentigan dan kegunaan ict untuk pembelajaran serta meningkatkan maklumat atau pengetahuan. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Bengkel ini dijalankan untuk mengajar peserta bagaimana untuk mencari maklumat dalam internet untuk memudahkan peserta dalam membuat rangka buku skrap peserta. Petugas menerangkan bagaimana kita dapat mencari maklumat yang diiginkan dengan menaip di browser dengan kata kunci perkataan atau tajuk tugasan tersebut. Selain itu, petugas juga mengajar bagaimana untuk peserta download atau menyimpan carian dalam bentuk folder atau file dan juga idea-idea untuk buku skrap melalui carian images atau contoh-contoh buku skrap yang terdapat dalam internet. Peserta berjaya mencari maklumat dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 12.09.2023 |
Masa | : 4.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap ict dan kepentigan ict terutama dalam kalangan pelajar. Ict ini mampu untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang terhadap ict dan membiasakan dalam penggunaan komputer. Dengan adanya bengkel sebegini secara langsung dapat memperkenalkan lagi pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah melatih bagaimana cara untuk menaip dan juga kuiz pembelajaran melalui applikasi wordwall dan typing.com. Terlebih dahulu petugas meminta peserta membuka applikasi typing.com dan juga wordwall dan peserta diterangkan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan applikasi tersebut. Permulaan bengkel ini peserta diminta membuka applikasi dan menaip mengikut perkataan yang diberikan dan jika terdapat kesalahan yang ditaip perkataan tersebut akan menjadi merah dan perlu dibetulkan. Setelah siap ia akan menunjukkan peserta masa yang diambil untuk menaip. Selain itu, bengkel ini juga mengajar cara untuk menjawab kuiz di applikasi wordwall yang mana applikasi tersebut menyediakan bentuk permainan berpendidikan dengan dibantu oleh petugas dalam mengajar mereka bagaimana cara untuk menjawab kuiz pembelajaran tersebut. Peserta berjaya menjawab dan membuat tugasan tesebut dan memahami dengan baik.
\\