Tarikh | : 27.09.2023 |
Masa | : 4.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan keapada peserta tentang bagaimana cara untuk mengisi borang secara online atau atas talian. Dengan pendedahan ini peserta dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah mengenai bagaimana cara untuk peserta mencari maklumat dan jawatan kosong dalam internet. Peserta diterangkan secara ringkas bagaimana cara untuk mencari maklumat dalam internet dan juga bagaimana cara untuk mengisi borang jawatan kosong secara atas talian dalam laman web tersebut. Peserta mengikut langkah yang diajar sehingga berjaya menjumpai maklumat dan mengisi jawatan kosong yang terdapat dalam laman web malah, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk memyimpan maklumat yang dicari dalam bentuk pdf dan cara untuk membuat file untuk penyimpanan bahan-bahan maklumat tersebut. Peserta memahami dengan baik.
Tarikh | : 27.09.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran komputer. Kemahiran komputer atau ict ini dapat membagunkan kemahiran kreativiti, inovasi malah, mewujudkan masyarakat yang bermaklumat seiring dengan teknologi. Sekali gus, dapat memperkenalkan nama pedi dan perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Topik bengkel ini adalah mengenai pengurusan sumber manusia yang telah diadakan secara atas talian. Dalam bengkel ini peserta difokuskan. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaiomana cara pengurusan kerja untuk pekerja dan juga majikan dalam sesebuah organisasi. Diterangkan dalam bengkel tersebut tentang oreantasi atau pengenalan kepada sesebuah organisasi untuk pekerja yang baru masuk serta latihan juga perlu diambilkira dalam sesbuah organisasi untuk memperkenalkan dan membiasakan peserta dengan cara kerja dalam sesebuah organisasi. Oleh sebab itu, pengurusan sumber manusia ini sangat penting dalam organisasi suapaya kemas dan kukuh sari segi pengurusan. Peserta memahami dengan baik.
Tarikh | : 20.09.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan latihan dan mendedahkan masyarakat terhadap teknologi ict untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia digital seirng dengan perkembangan dunia teknologi pada masa kini. Dengan adanya bengkel sebegini ia dapat mempertingkatkan jumlah kedatagan pelanggan di pedi sekali gus dapat memperluaskan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Bengkel ini dijalankan secara atas talian atau online yang mana topik bengkel ini adalah mengenai pertanian atau agroteknologi smart farming. Bengkel ini mengajar dan memberikan kecerahan kepada dunia pertanian secara moden atau smart farming yang mana ia adalah untuk menjadikan tanaman itu lebih berkualiti menggunakan kaedah smart farming. Dalam bengkel ini juga ditunjuk ajar bagaimana cara untuk usahawan menanam dengan menggunakan kaedah tersebut yang dapat mengekalkan kuualiti sesuatu hasil pertanian menjadi lebih tahan lama dan segar. Malah, ditunjukkan bagaimana proses menggunakan kaedah smart farming seperti penggunaan cahaya solar, dari segi penganggukatn air ke tanaman, dari segi cara tanaman dan sebagainya. Peserta berjaya menghabiskan sesi bengkel dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 21.09.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta untuk mempelajari teknik dan applikasi yang terdapat dalam ict. Selain itu, ia juga dijalankan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir menggunakan komputer. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Topik dalam bengkel ini adalah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang dijalankan secara atas talian. Dalam bengkel ini diterangkan bagaimana kita menguruskan kewangan dengan bijak dan bagaimana kita mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan kewangan kita. Pengurusan kewangan peribadi ini juga mengajar peserta bagaimana untuk mengasingkan wang mengikut pembahagian supaya kita nampak aliran keluar masuk wang kita. Selain itu, bengkel ini juga memberikan pelbagai cara dan juga perancangan yang dapat kita ambil untuk menabung atau cara untuk mengelakkan kita mengambil wang tabungan bagi kestabilan kewangan kita masa hadapan. Peserta memahami dengan baik.
Tarikh | : 19.09.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat serta mempromisikan dan memperkenalkan perniagaan atau teknologi digital terutama dalam kalangan usahwan.jhuiyth Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai pengurusan kewangan perniagaan. Dalam bengkel tersebut telah diterangkan secara ringkas tentang kepentigan dan bagaimana seorang usahawan itu perlu membuat perancangan pengurusan kewangan perniagaan yang mana usahawan perlu tahu dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Selain itu, diterangkan dan diajar bagaimana cara untuk kita merekodkan hasil atau kos jualan, keuntugan, modal untuk kita mengetahui perbezaan aliran kewangan kita. Peserta dapat menghabiskan sesi tersebut dan memahami dengan baik.