Tarikh : 02.11.2022
Masa : 11.00 pg - 12.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk membuka peluang untuk komuniti mempelajari ict terutama golongan tua atau dewasa terhadap penggunaan ict seperti menaip di komputer. Bengkel ini seiring dengan matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat celik it dan memperkembangkan ict dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang tidak mahir dalam penggunaan komputer atau ict ini. Secaa langsung bengkel ini dapat memepromosikan aktiviti yang dijalankan di PEDi ini. 

Aktiviti

Permulaan bengkel ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan secara ringkas tentang penggunaan keyboard komputer dan microsoft word supaya peserta  faham asas komputer dan microsoft office. Setelah itu, peserta diminta untuk membuka applikasi microsoft word dan mula menaip sambil diperhati dan dibantu oleh petugas. Penggunaan huruf besar dan kecik seperti 'caps lock' dan jarak untuk sesuatu huruf juga diajar kepada peserta. Selain itu, petugas juga mengajar cara memilih tulisan atau mengubah bentuk tulisan dan juga membantu peserta dengan mengajar mereka bagaimana untuk memasukan gambar ke dalam microsoft word serta bagaimana untuk meletakan ayat sama ada di tengah atau ke kiri dan ke kanan. Malah, petugas juga mengajar bagaimana mereka boleh menyimpan dalam bentuk pdf dan juga file supaya kerja yang telah dibuat tidak hilang dan boleh disambung atau diedit jika ingin membuatnye. Peserta memahami dan berjaya menaip dengan baik.

Gambar Disini