Tarikh : 07.08.2023
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang canva dan bagaimana cara untuk menggunakannya. Pelajar diminta terlebih dahulu untuk membuka applikasi canva dan mencari gambar melalui browser untuk dimasukan ke dalam canva. Petugas membantu peserta dengan mengajar bagaimana cara untuk memasukan gambar, bagaimana cara untuk mengedit tulisan, bagaimanan cara untuk memasukan gambar pada kad digital dan sebagainya. Peserta juga diajar bagaimana untuk menggerakkan atau membuat animasi untuk pergerakan tulisan dan sebagainya. Peserta berjaya menyiapkan kad digital dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 06.08.2023
Masa : 3.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dalam menggunakannya. Hal ini kerana, pada masa kini teknologi ict ini banyak digunakan dan memberi impak besar terhadap sosial ekonomi serta minda masyarakat ke arah dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan bengkel microsoft word dalam menaip menggunakan applikasi tersebut. Peserta diajar bagaimana untuk menaip menggunakan microsoft word seperti cara menukarkan tulisan, size, membuat garisan untuk jadual, bagaimana untuk menggunakan 'menu' yang terdapat dalam applikasi tersebut dan sebagainya. Peserta mengikuti langkah atau cara yang diajar oleh petugas untuk menyiapkan tugasan peserta tersebut. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan menaip resepi dan juga membuat jadual dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 04.08.2023
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Aktiviti pada hari tersebut adalah mengenai e-pembelajaran secara online melalui applikasi yang terdapat dalam laman web serta diajar dan dilatih menaip menggunakan applikasi typing.com. Terlebih dahulu petugas meminta peserta membuka applikasi typing.com dan juga wordwall untuk bengkel ini. Peserta diminta untuk menaip mengikut ayat yang telah dipaparkan mengikut masa yang ditetapkan oleh sistem tersebut. Typing ini sangat mudah untuk peserta menaip kerana ia menaip dengan satu patah perkataan setiap ayat yang dipaprkan secara langsung dapat melatih peserta supaya membiasakan untuk menaip menggunakan keyboard komputer dan juga pemahaman ayat serta setiap huruf. Selain itu, peserta juga diminta untuk memjawab kuiz bahasa melayu di laman web wordwall tersebut dengan dibantu oleh petugas dalam mengajar mereka bagaimana cara untuk menjawab kuiz pembelajaran tersebut. Peserta berjaya menjawab dan membuat tugasan tesebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 05.08.2023
Masa : 9.30 pg - 10.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan dan melatih peserta mengenai ict untuk mencari maklumat serta meningkatkan kemahiran asas dalam penggunaan ict dan penggunaan komputer. Selain itu, dengan perkembangan teknologi ini juga kita mampu untuk mempelajari atau menghadari kelas serta bengkel secara atas talian atau secara jarak jauh tanpa perlu bersemuka. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.

Aktiviti

Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Melayu tahun 4 dan 5 yang dijalankan pedi secara atas talian atau online untuk peserta yang telah berdaftar. Bengkel e-tuisyen ini dijalankan secara atas talian menggunakan applikasi zoom. Petugas membantu peserta untuk membuka dan mengajar perkara asas yang digunakan dalam zoom seperti cara untuk menaip di ruangan chat, membuka gambar dan juga audio. Dalam kelas online ini juga peserta akan diberikan nota atau buku soalan latihan secara percuma untuk topik kelas tuisyen tersebut. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 03.08.2023
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 5 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah berkaitan dengan microsoft excel membuat jadual untuk peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Petugas terlebih dahulu menerangkan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan excel dan memberi buku ict sebagai rujukan untuk peserta mengikut langkah tersebut supaya memudahkan lagi pemahaman peserta. Dalam bengkel tersebut, peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual seperti penggunaan ';merge and centre', bagaimana untuk membuat garisan, menukar tulisan, size dan sebagainya. Peserta membuat jadual mengikut teknik dan pemahaman yang diajar berserta buku sebagai panduan untuk menyiapkan jadual tersebut. Peserta berjaya menyiapkan jadual dan memahami dengan baik. 

Gambar Disini