Tarikh | : 17.11.2022 |
Masa | : 9.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang ict terhadap kanak-kanak, hal ini kerana pendedahan awal ini dapat membantu mewujudkan kanak-kanak yang kreatif. Ict ini bukan membawa keburukan tetapi juga kebaikan dan kelebihan kepada kanak-kanak untuk membantu mereka dalam perkembangan minda dengan pemerhatian daripada gologan dewasa atau ibu bapa. Proses pengajaran juga menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan, menarik dan mencabar kreativiti kanak-kanak.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan petugas meminta peserta membuka applikasi mewarna yang telah tersedia oleh petugas untuk memudahkan peserta membuka applikasi tersebut. Sambil itu juga, aktiviti ini dapat membuka mata dan minda kanak-kanak terhadap ict dan penggunaan komputer dalam aktiviti mewarna tersebuit. Secara tidak langsung pembelajaran mewarna online ini dapat membiasakan mereka terhadap komputer seperti tetikus, poapan kekunci dan sebagainya. Bengkel ini mengajar peserta mewarna dan belajar bukan sahaja dapat menghiburkan, tetapi juga pendidikan dan perkembangan iaitu peserta dapat mengenali warna, susunan dan mengingati atau tumpuan mata dan tangan mereka. Malah aktiviti ini yang menggabungkan warna dan gambaran ini mampu merangsang kreatif di dalam diri peserta serta membantu fokus pesrerta kerana pembelajaran begini sangat menarik minat dan fokus peserta. peserta sangat teruja dan berjaya menyiapkan lukisan warna online serta memahami dengan baik