Tarikh | : 13.11.2022 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pesrta terhadap muktimedia baru atau ict yang baru seperti canva. Multimedia ini merupakan satu bentuk informasi yang mana ia merangkumi pelbagai bentuk seperti teks, grafik, animasi dan lain-lain. Dengan adanya pembelajaran ict ini ia mampu untuk meningkatkan ilmu dan asas mengenai ict ini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan peserta membuka applikasi canva dan juga meminta untuk peserta mendaftar dahulu sebelum canva dapat digunakan. Setelah itu, petugas juga menerangkan secara ringkas bagaimana canva boleh digunakan untuk membuat slide pembentangan seprti power point microsoft office. Dengan adanya canva ini ia lebih mudah untuk peserta mempelajari kerana canva meyediakan template mengikut keutamaan kita seperti kad, poster, pembentangan, video grafik yang kreatif dan sebagainya. Dalam kelas ini peserta telah memilih template pembentagan untuk memudahkan peserta menyunting dan memasukan bahan menggunakan canva. Malah, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk memasukan gambar kedalam canva yang mana kita perlu upload dlu sebelum memasukan di tugasan peserta, selain itu, juga petugas juga mengajar bagaimana cara untuk membuang tulisan dan menulis semula di slide tersebut dan juga cara untuk menjadikan slide tersebut sebgai grafik bergerak dan memasukan lagu untuk pembentagan tersebut. Peserta berjaya menyiapkan slide dan memahami dengan baik dalam bengkel tersebut.