Tarikh | : 07.11.2022 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai ict dan fungsi-fungsi yang boleh digunakan yang mana dapat memudahkan kerja atau tugasan yang dilakukan dengan menggunakan bantuan komputer atau ict ini. Secara tidak langsung bengkel ini dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang ict dan fungsi asas serta penggunaan aplikasi microsoft office kepada peserta. peserta bermula dengan membuka microsoft office word dan mula menaip mengikut lembaran kertas kerja mereka sambil dibantu oleh petugas. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta juga diajar oleh petugas mengenai tulisan yang boleh ditukar mengikut kesesuaian yang diiginkan peserta. Malah, petugas juga membantu peserta dengan menunjukkan cara untuk kita memasukan reka bentuk dan bagaimana untuk kita menulis didalam bentuk yang dipilih. Setelah siap kerja tersebut peserta juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan data atau hasil kerja dengan membuat folder atau menulis nama di kertas kerja microsoft word ini. Dengan adadnya kelas ini peserta dapat memahami dan berjaya menyiapkan lembaran kertas kerja mereka dengan baik.