Tarikh | : 18.07.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat serta mempromisikan terutama dalam kalangan usahwan. Hal ini kerana, pada masa kini teknologi ict ini banyak digunakan dan memberikan impak yang sangat besar kepada sistem terutama dalam pemprosesan data, pencarian maklumat serta kemahiran dalam dunia digital. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai teknik temuduga untuk pemasaran kerja bagi usahawan dan juga lepasan sekolah serta universiti yang akan memasuki alam pekerjaan. Dalam bengkel ini diterangkan tentang bagaimana teknik temuduga sebelum temuduga, selepas temuduga, jenis temuduga seperti temuduga melaui telefon, mock interview (bersemuka)dan sebagainya. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diberi ruang untuk memcuba secara pratikal mock interview supaya peserta dapat ilmu, pengalaman serta cara yang betul untuk mengahadari sesi temuduga malah, contoh juga disediakan dalam video sesi kelas online untuk rujukan peserta. Peserta berjaya menghabiskan sesi bengkel tersebut dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 17.07.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan membantu peserta dalam bengkel ini memperluaskan lagi ilmu ict yang boleh digunakan dalam kehidupan mereka terutama bagi golongan usahawan. Ict ini dapat membuka minda dan membantu meningkatkan kreativiti serta inovasi dalam sesuatu tugas atau kerja. Bengkel ini mampu menjadi tarikan untuk komuniti mendapatkan bantuan mengenai ict dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Aktiviti
Bengkel pengurusan kewangan untuk iks telah diadakan secara atas talian (online) untuk peserta mempelajari dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam budang ushawan terutama dalam bidang kewangan. Bengkel ini mengajar bagaimana usahawan untuk membuat perancangan kewangan seperti perkiraan utung bersih, perbelanjaan, kos jualan dan sebagainya. Selain itu, bagaimana cara untuk peserta mengasingkan jualan dan membuat rekod atau akaun jualan yang di rekod di bahagian kredit . Dalam kelas ini juga diberio contoh pengiraan untuk usahawan lebih memahami dan juga kuiz atau soalan mengenai kewangan ini juga dijalankan dalam bengkel online ini. Peserta berjaya menjawab soalan dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 26.07.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan melatih peserta terhadap ict dan pekakas komputer untuk membiasakan peserta dengan teknologi terkini. Teknologi ini membantu peserta terutama dalam kalangan usahawan untuk mencari maklumat dan memasarkan produk seperti eniga dan lain-lain sekali gus dapat meningkatkan pengetahuan ict dan mewujudkan masyarakat yang kreatif dan inovasi. Selain itu, ia dapat juga mempromosikan dan meperluaskan lagi informasi tentang perkhidmatan yang ditawarkan di sini kepada komuniti.
Aktiviti
Topik pada bengkel ini dijalan secara atas talian (online) mengenai mindset usahawan. Peserta diterangkan tentang apa itu mindset usahawan yang mana ia fokus kepada pemikiran atau mentaliti seorang usahawan. Dalam kelas tersebut peserta telah diajar dan terangkan tentang kepentigan, ciri-ciri, cara bentuk mindset dan sebagainya. Bengkel tersebut menunjukkan bagaimana untuk membentuk mindset usahawan yang positif untuk mengekalkan kredabiliti serta menghadapi cabaran dalam perniaagaan. Melalui kelas tersebut juga peserta dapat mengetahui dan melihat dengan contoh yang diberi bagaimana untuk membentuk mindset yang positif sekaligus, dapat mewujudkan usahawan yang bersikap positif dan mempunyai hala tujuan dalam perniagaan. Peserta berjaya menghabiskan sesi kelas online tersebut dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 16.07.2023 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 16 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer supaya mereka mahir dalam penggunaan tersebut terutama dalam kalangan kanak-kanak. Pendedahan ini awal ini dapat meningkatkan ilmu dan memperkembangkan minda serta melatih pemikiran mereka kearah yang celik it, kreatif dan inovatif. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas bermula dengan memperkenalkan dan menerangkan kegunaan peralatan atau perkakas komputer kepada peserta seperti papan kekunci, tetikus, skrin komputer, printer, unit pemprosesan data (cpu) dan lain-lain. Selepas pekenalan kepada perkakas komputer petugas meminta peserta untuk membuka laman web uptoten dan memilih kategori mewarna. Dalam kelas tersebut petugas mengajar bagaimana cara untuk menggunakan perkakas komputer untuk membantu peserta mewarna di dalam applikasi tersebut. Selain daripada mewarna peserta juga diajar mengenal huruf dan abjad melalui video supaya pelajar merasa seronok dan mudah untuk difahami oleh peserta serta diajarkan juga pelbagai teknik yang mudah difahami untuk peserta dalam mewarna dan bermain permainan pendidikan. Peserta berjaya mewarna dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 23.07.2023 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ict dan meningkatkan pengetahuan tentang ict yang mana pelbagai kemudahan yang boleh digunakan secara langsung ia dapat mewujudkan masyarakat yang kreatif dan inovasi. Selain itu, ia dapat mempromosikan dan meperluaskan lagi informasi tentang perkhidmatan yang ditawarkan di sini kepada komuniti.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi microsoft word dan juga bagaimana cara untuk mengubah pdf menjadi word menggunakan laman web ilovepdf. Petugas juga turut membantu peserta dengan mengajar bagaimanacara untuk membuat jadual menggunakan microsoft word untuk memudahkan peserta membezakan setiap menu yang perlu disediakan oleh mereka.Dengan menggunakan microsoft word ini memudahkan kerja dalam membuat tugasan kerana microsoft ini lengkap dengan menu yang diiginkan seperti ruangan kotak, warna, size, bentuk dan sebagainya malah dalam keals ini juga petugas turut membantu peserta mengajar bagaimana cara untuk menyimpan hasil kerja supaya tidak hilang. peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan dengan baik.