Tarikh | : 01.10.2022 |
Masa | : 10.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel asas pengenalan jenis tulisan yang ada di dalam Microsoft Word ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas yang lain terdapat didalam Microsoft Word ini. Dengan bengkel ini peserta dapat mengetahui dan memperkembangankan minda mereka terhadap fungsi MIcrosoft Word selain daripada menaip dan menyimpan data tetapi Microsoft Word ini mempunyai pelbagai fungsi dan jenis yang terdapat seperti tulisan, rekabentuk (design), reka jadual dan lain-lain.
Aktiviti
Pengenalan kepada aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan asas mengenai applikasi Microsoft Word dan fungsi yang boleh digunakan dengan menggunakan Microsoft Word ini. Peserta diminta untuk membuka aplikasi Microsoft Word untuk peserta menaip yang terdapat dalam kerja klursus mereka. Setelah peserta menaip di Microsoft Word petugas telah memngajar peserta bagaimana untuk memilih atau menukar tulisan daripada biasa kepada tulisan yang diiginkan. Perserta diajar untuk menandakan semua tulisan yang ingin ditukar, setelah itu petugas menunjukkan tempat untuk memilih tulisan. Selain itu, petugas juga mengajar kepada peserta bagaimana untuk menukar size tulisan daripada kecik kepada besar di bahagian utama dengan memilih sentencecase (ayat) yang mana kita boleh pilih tanpa mengubah atau memadam semula tulisan jika kita ingin kecik atau besarkan tulisan. Secara tidak langsung bengkel ini akan membuka dan melatih peserta dengan menggunakan teknik yang betul ini akan menjimatkan masa serta memudahkan peserta dalam menyiapkan tugasan. Peserta dapat memahami dan berjaya mengikuti cara yang diajar serta dapat menyiapkan kerja kursus mereka dengan baik.
Tarikh | : 14.09.2022 |
Masa | : 9.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 30 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan kemahiran perniagaan ini adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada usahawan untuk menimba ilmu kemahiran perniagaan terutama kemahiran perniagaan ict yang dijalankan pada masa kini. Bengkel ini dapat memberi pendedahan tentang kemahiran perniagaan bukan sahaja dalam bentuk ict tetapi kemahiran dalam bentuk softkill, teknikal dan pratikal dan juga komunikasi. Kewujudan bengkel seperti ini dapat mempromosikan lagi PEDi dalam kalangan komuniti untuk mendapatkan bantuan atau kemahiran terutama kemahiran ict.
Aktiviti
Aktiviti ini terlebih dahulu dimulai dengan penerangan ringkas tentang tujuan dan fungsi kemahiran perniagaan kepada peserta bengkel tersebut. Penciptaan video kreatif bertemakan kemerdekaan juga diadakan selain daripada kemahiran perniagaan secara pratikal iaitu gubahan kek bertemakan kemerdekaan. Petugas telah menerangkan dan mengajar bagaimana cara kita memasarkan sesuatu produk secara atas talian. Selain itu, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk kita merekod video dan mengedit video secara kreatif sama video bergambar atau video tulisan menggunakan applikasi ict. Peserta telah menggunakan kemahiran tersebut dalam mencipta video kreatif. Manakala, kemahiran pratikal tentang gubahan yang dipantau oleh pihak yang berwajib juga digunakan atau diterapkan dalam gubahan kek melalui gambar dalam laman web untuk memberi idea kreatif kepada peserta. Peserta berjaya menyiapkan gubahan kek dan video yang kreatif dan bengkel.
Tarikh | : 07.09.2022 |
Masa | : 9.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan Microsoft Office Word bertujuan untuk pembelajaran kepada peserta mengenai ict yang dapat peserta pelajari seperti microsoft office. Pededahan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta dalam bidang ict dan maklumat yang boleh dipelajari untuk digunkan dalam urusan perniagaan atau urusan lain dan selain membiasakan peserta dengan penggunaan komputer dan ict dalam kalangan yang berusia. Secara tidak langsung bengkel ini dapat mempromosikan dan menarik minat yang berusia untuk menyertai kelas atau bengkel di PEDi.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas asas dan fungsi microsoft word ini. Peserta diminta untuk membuka Microsoft Office iaitu Word untuk memulakan sesi pembelajaran keusahawanan melalui aplikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana untuk menaip dengan betul dan membiasakan menggunakan dua tangan dalam menaip sesuatu. Selain daripada menaip di applikasi tersebut petugas juga telah mengajar bagaimana untuk menggunakan tool atau alat yang terdapat di Microsoft Word untuk mengedit gambar serta memasukan semula gambar aktiviti mereka sama ada perniagaan mahupun aktiviti lain. Malah, dalam kelas ini juga peserta diajar bagaimana untuk membuat jadual atau graf yang dapat membezakan atau membandingkan sesuatu aktiviti yang mana bentuk jadual ini akan memudahkan dan meringkaskan maklumat. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan tugasan menggunakan Microsoft Office Word
Tarikh | : 08.09.2022 |
Masa | : 2.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan kedai atas talian aplikasi shopee bertujuan untuk membantu peserta yang berminat untuk menjual produk atau pernoiagaan mereka ke dalam applikasi online seperti shopee. Bengkel ini dapat mendedahkan dan meningkatkan peluang pasaran yang lebih besar kepada pesrta disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ict sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang celik it bukan sahaja untuk perkara yang dapat mengisi lapang tetapi ict dapat membantu serta memberi faedah kepada peserta. Secara tidak langsung PEDi juga turut mendapat perhatian dan sambutan yang luas daripada kalangan komunti untuk menyertai atau berkunjung ke PEDi.
Aktiviti
Permulaan bengkel ini didahului dengan penerangan ringkas tentang bengkel ini dan juga pengenalan apa itu applikasi online atau kedai atas talian kepada peserta. Setelah penerangan rinkas tersebut, petugas tekah membuka slide yang mana dalam slide tersebut terdapat langkah-langkah yang betul untuk peserta membuka kedai atas talian dalam applikasi shopee. Peserta diminta untuk membuka dan mendaftarkan akaun jualan di shopee dan selepas peserta berjaya mendaftar akaun tersebut petugas meminta peserta mengisi maklumat asas kedai mereka seperti nama kedai, jenis produk yang dijual, alamat, jenis penghantaran yang akan digunakan dan sebagainya. Peserta juga diajar bagaimana cara untuk memasukan gambar produk dan mengisi maklumat data tentang produk mereka. Selama bengkel ini dijalankan petugas akan sentiasa memantau peserta dalam membuka jualan di kedai atas talian ini. Peserta memahami dan berjaya membuka akaun jualan di kedai atas talian.
Tarikh | : 06.09.2022 |
Masa | : 2.30 ptg - 05.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel asas pembangunan laman web aplikasi Microsoft Team adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aplikasi dalam ict seperti Microsoft Team ini. Microsft Team ini antara pembelajaran yang efektif digunakan untuk metting atau perbincangan secara online. Oleh itu, bengkel ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan bagaimana cara untuk menggunkan selain daripada menggunakan google meet atau zoom metting.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan daripada petugas yang berkaitan cara penggunaan Microsft Team. Peserta diminta untuk membuka dahulu Microsoft Team dengan menekan link yang telah diberi dalam group atau melayari Microsoft Team di Browser yang tersedia. Selepas peserta membuka Microsoft tersebut petugas telah mengajar cara untuk peserta masuk ke dalam perbincangan tersebut dengan menekan sebagai pengguna biasa untuk memudahkan peserta masuk ke Microsoft Team tersebut. Setelah berjaya masuk peserta dapat mendengar perbincangan atau kelas secara online seperti zoom atau google meet. Microsoft Team ini merupakan salah satu pendekatan terbaru untuk membuat perbincangan atau kelas online kerana ia merangkumkan kesemuanya dalam satu tempat untuk pembelajaran. Peserta berjaya masuk dan menghabiskan sesi ini dengan menggunakan Microsoft Team.