Tarikh : 20.08.2022
Masa : 10.00pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 9 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas Microsoft Office Word Penulisan sajak dan Kuiz Kahoot merdeka adalah bertujuan untuk menarik minat peserta trerutama dalam kalangan pelajar sekolah rendah terhadap ict dan komputer sempena memeriahkan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-65 tahun. Bengkel ini juga adalah untuk  memperluaskan serta memperlembangkan minda mereka terhadap penggunaan ict. Kebanyakkan budak sekolah lebih mengetahui ict ini hanya untuk bermain games menonton dan sebagainya tetapi pendedahan program ini membantu peserta untuk mengenali lebih mendalam applikasi yang berfaedah dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terhadap ict seperti kuiz merdeka dalam applikasi Kahoot. Malah, programa ini juga melatih meniap dengan menggunakan komputer serta penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti

Dalam bengkel ini terdapat dua program telah dijalankan sempena bulan kemerdekaan dan Hari Bersama Komuniti (HBK) iaitu penulisan sajak menggunakan applikasi Microsoft Word dan Kuiz Kemerdekaan melalui applikasi Kahoot.Bengkel ini dimulakan dengan kelas atau bengkel Microsoft Word penulisan sajak. Petugas telah memberi penerangan secra ringkas tentang asas-asas untuk penggunaan Microsoft Word dalam penulisan sajak. Selepas penerangan peserta telah diminta membuka applikasi Micfrosoft Word di komputer peserta sendiri. Selepas itu, petrugas telah menunjukkan secara ringkas bagaimana cara untuk menaip semula sajak yang telah dipaprkan dihadapan tersebut. Sementara peserta menyalin semula sajak tersebut di MIcrosoft Word tersebut petugas telah membantu peserta dalam memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menukarkan tulisan sama ada untuk kata nama khas serta tulisan huruf kecil atau besar dan juga bagaimana cara untuk menghitamkan tulisan untuk membuat sebagai tajuk. Selain itu, program atau bengkel kedua iaitu Kuiz Kemerdekaan Online di dalam applikasi Kahoot pula diadakan selepas tamat sesi pembelajaran Microsoft Word penulisan sajak. Dalam kuiz ini peserta diminta untuk melayari atau membuka applikasi Kahoot untuk menjawab soalan kuiz kemerdekaan yang telah disediakan poleh petugas. Setelah peserta membukanya mereka diminta untuk memasukan sendiri nombor keselamatan dan memasukan nama mereka untuk menjawab kuiz tersebut. Mereka hanya perlu membaca dan menandakan jawapan yang betul untuk menjawab kuiz tersebut. Secara tidak langsung dengan adanya kuiz ini peserta dapat didedahkan dengan permainan yang bercorakan pendidikan yang membantu mereka meningkatkan ilmu pengretahuan sama ada dalam ict mahupun tentang sejarah kemrdekaan Malaysia. Hasil pembelajaran dan tunjuk ajar peserta dapat memahami  dan dapat memanfaatkan ilmu tunjuk ajar untuk memnyiapkan sendiri sajak kemerdekaan serta berjaya menjawab kuiz kemerdekaan dengan gembira dan seronok.

Gambar Disini