Tarikh : 13.08.2022
Masa : 10.00pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel asas pembangunan  laman web kuiz kesihatan PBSM adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam menjawab soalan kuiz secara atas talian. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan awal tentang ict yang digunakan secara mneluas pada masa kini kepada komuniti terutama dalam kalangan pelajar sekolah.Fungsi ict bukan sahaja untuk melayari media sosial atau games tetapi banyak lagi faedah yang dapat digunakan terutama dalam pendidikan. Bengkel ini juga mampu memberi kesedaran dan promosi untuk peserta datang ke PEDi untuk mempelajari  tentang ict.

 

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta diberi penerangan secara ringkas tentang maklumat dan laman kuiz dan meminta peserta  melayari dan membuka laman web kuiz persatuan PBSM untuk menjawab kuiz yang disediakan tersebut. Setelah membuka laman web tersebut peserta diminta oleh petugas untuk memilih kuiz yang dikehendaki peserta dan mengajar peserta bagaimana cara untuk menjawab kuiz dalam atas talian itu. Peserta di ajar secara satu persatu bermula cara untuk melayari laman tersebut, bagaimana untuk masuk atau log in nama atau email peserta sehingga cara untuk menjawab soalan sama ada secara menaip, meyusun atau hanya menanda ruangan jawapan yang telah disediakan.Kuiz atas talian ini adalah salah satu bentuk pembelajaran maya yang mana dapat meningkatkan dan memperkembangkan pengetahuan peserta terhadap ict. Peserta berjaya menjawab soalan kuiz persatuan PBSM sehingga tamat kuiz dengan baik.

Gambar Disini