Tarikh : 14.09.2022
Masa : 9.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 30 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keusahawanan kemahiran perniagaan ini adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada usahawan untuk menimba ilmu kemahiran perniagaan terutama kemahiran perniagaan ict yang dijalankan pada masa kini. Bengkel ini dapat memberi pendedahan tentang kemahiran perniagaan bukan sahaja dalam bentuk ict tetapi kemahiran dalam bentuk softkill, teknikal dan pratikal dan juga komunikasi. Kewujudan bengkel seperti ini dapat mempromosikan lagi PEDi dalam kalangan komuniti untuk mendapatkan bantuan atau kemahiran terutama kemahiran ict.

Aktiviti

Aktiviti ini terlebih dahulu dimulai dengan penerangan ringkas tentang tujuan dan fungsi kemahiran perniagaan kepada peserta bengkel tersebut. Penciptaan video kreatif bertemakan kemerdekaan juga diadakan selain daripada kemahiran perniagaan secara pratikal iaitu gubahan kek bertemakan kemerdekaan. Petugas telah menerangkan dan mengajar bagaimana cara kita memasarkan sesuatu produk secara atas talian. Selain itu, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk kita merekod video dan mengedit video secara kreatif sama video bergambar atau video tulisan menggunakan applikasi ict. Peserta telah menggunakan kemahiran tersebut dalam mencipta video kreatif. Manakala, kemahiran pratikal tentang gubahan yang dipantau oleh pihak yang berwajib juga digunakan atau diterapkan dalam gubahan kek melalui gambar dalam laman web untuk memberi idea kreatif kepada peserta. Peserta berjaya menyiapkan gubahan kek dan video yang kreatif dan bengkel.

Gambar Disini