Tarikh | : 25.08.2022 |
Masa | : 9.30pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 27 Orang |
Tujuan
Bengkel ICT E-learning permainan online dan mewarna merdeka adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas atau fungsi ict terutama dalam pembelajaran. Malah, sempena merdeka ini juga PEDi ini telah mengadakan aktiviti mewarna merdeka untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan dan juga program hari bersama komuniti (HBK). Pendedahan awal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar terhadap ict dan jugamemberi pengetahuan baru tentang kepelbagaian applikasi permainan yang berbentuk pendidikan di dalam ict ini. Bengkel ini sangat menarik minat komuniti terutama dalam kalangan pelajar sekolah yamg mana mereka lebih mudah untuk diajar.
Aktiviti
Aktiviti untuk persrerta dibahgikan kepada dua iaitu ict e-learning permainan online yang berpendidikan dan juga aktiviti sampingan sempena bulan kemerdekaan iaitu mewarna merdeka. Petugas awalnya telah memberi penerangan ringkas tentang ict e-learning yag akan diajarkan oleh petugas. Dalam bengkel ini petrugas meminta peserta melayari dan membuka permainan di dalam aplikasi dan meminta peserta memilih permainan berbentuk puzzle yang bergambar jalur gemilang atau bendera Malysia. Permainan ini adalah salah satu contoh ict berbentuk pembelajaran atau pendidikan yang mana pelajar akan dapat berfikir di luar kotak pemikiran untuk meyelesaikan susunan betul puzzle tersebut mengikut gambar jalur gemilang tersebut. Petugas memberi tunjuk ajar terlebih dahulu bagaimana cara untuk mengambil dan menyusun di ruang kotak yang disediakan tersebut. Setelah itu, peserta telah melakukan sendiri permainan tersebut disamping pemantauan daripada petugas. Selepas selsesai permainan ict e-learning tersebut, peserta diminta untuk menyertai bengkel mewarna merdeka dengan gambar yang diambil melalui laman web untuk peserta mewarna. Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mewarna mengikut susunan warna jalur gemilang dan memantau mereka mewarna gambar tersebut dengan baik.Selain itu, dalam begkel mewarna ini juga peserta diminta untuk menguting atau mngerat lukisan gambar tersebut mengikut jalur atau bentuk tangan tersebut. Dengan bengkel ini dapat memebentuk dan memperluaskan minda pelajar secara kreatif dan inovasi pembelajaran dalam ict tersebut. Peserta dapat memahami dan berjaya menyiapkan permainan dan mewarna lukisan tersebut dengan baik.