Tarikh | : 10.02.2023 |
Masa | : 03.00 ptg - 04.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan menyebarkan kelebihan dan fungsi yang terdapat dalam ict untuk kegunaan peserta. Ict ini memudahkan urusan manusia dalam melaksanakan sesuatu dan juga dapat mendekatkan jurang yang jauh sama ada masyrakat atau jarak sesuatu tempat secara langsung ict juga dapat kiat mengetahui segala berita diluar negara mabhupun dalam negara.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diajar terlebih dahulu mengenai fungsi asas ict dan bagaimana untuk mencari maklumat atau laman web yang dicari. Peserta menlayari laman web dan masukan kata kunci kesalamtan untuk masuk ke laman web tersebut. Selain itu, peserta juga dibantu oleh petugas dalam mengisi maklumat data dalam laman web Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mana laman web ini sangat peting untuk mereka dalam kalangan yang bekrja sendiri untuk melindungi diri. Peserta memahami tunjuk ajar dengan baik.
Tarikh | : 08.02.2023 |
Masa | : 02.30 ptg - 04.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 22 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ict dan meningkatkan pengetahuan tentang ict yang mana pelbagai kemudahan yang boleh digunakan secara langsung ia dapat mewujudkan masyarakat yang kreatif dan inovasi.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi microsoft excel dalam membuat jadual dan juga buku tunai. Petugas juga turut membantu peserta dengan mengajar bagaimanacara untuk membuat jadual bagaimana cara untuk merekod atau mengisi dalam jadual. Membuat jadual mengikut format, cara menggunakan autosum dan sebagainya.Dengan menggunakan microsoft excel ini memudahkan kerja dalam membuat buku tunai dan jadual yang berkaitan dan sangat mudah untuk melihat secara keseluruhan yang telah kita rekod berbanding dengan applikasi yang lain. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan jadual dan buku tunai dengan baik.
Tarikh | : 18.01.2023 |
Masa | : 10.00 PG - 12.00 PTG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 8 Orang |
Tujuan
bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi dalam kalangan kanak-kank. Malah, bengkel ini juga bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam penggunaan ict. Hal ini seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini serta pendedahan awal ini dapat melatih peserta mahir menggunakan ict dan kreatif dalam pembelajaran.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan peserta memilih pilihan tema permainan pendidikan dalam laman web uptoten yang telah petugas sediakan. Setelah itu, peserta diminta oleh petugas untuk memilih permainan pendidikan sambil mewarna dan meminta peserta membuka mengikut arahan petugas. Peserta mula mewarna mengikut pilihan warna yang dirasa bersesuaian oleh peserta. Selain itu, peserta juga bermain dengan permainan menganal huruf disamping mewarna. Melalui, permianan ini peserta dapat belajar cara mewarna dan mengenal huruf atau number malah, melalui permainan ini juga secara langsung dapat membiasakan peserta dengan penggunaan komputer serta pendedahan ini akan mewujudkan kanak-kanak yang bijak dalam mencari maklumat. Peserta berjaya menyiapkan aktiviti mewarna dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 19.01.2023 |
Masa | : 02.30 PTG - 05.30 PTG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan inovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas untuk aktiviti bengek tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi microsoft excel dalam membuat lejar dan buku tunai untuk memudahkan aktiviti para peserta terutama bagi yang menjalan keusahawanan atau untuk membezakan pengeluaran dan masuk sesautu barang atau duit. Petugas membantu peserta dengan memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat lejar dan buku tunai dengan menggunakan excel ini seperti membuat tajuk atau nama syarikat , membuat jadual mengikut format, cara menggunakan autosum dan sebagainya. Kaedah ini memudahkan peserta merekod dan pengiraan secara automatik kemasukan dan pengeluaran yang dilakukan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan lejar dan buku tunai dengan baik.
Tarikh | : 11.01.2023 |
Masa | : 3.30 PTG - 4.30 PTG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan keapada peserta tentang bagaimana cara untuk mengisi borang maidam secara online atau atas talian. Dengan pendedahan ini peserta dapat mempelajaridan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diminta terlebih dahulu melayari laman web maidam di browser. Selepas itu, perserta diterangkan secara ringkas mengenai laman web ini dan bagaimana cara untuk mengisi borang diatas talian. petugas menbantu peserta mengisi maklumat maidam mengikut langkah sehingga peserta mahir dan tahu untuk mengisi sendiri. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas peserta dapat mengisi sndiri borang maidam. Peserta berjaya mengisi maklumat dengan baik.