Tarikh : 05.06.2022
Masa : 10.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Asas Microsoft Office menggunakan Adobe Publisher membuat Kad Digital bersama pelajar sekolah rendah

Aktiviti

Aktiviti ini mengajar peserta tentang asas Microsoft Office menggunakan Adobe Publisher dalam membuat kad digital. Pelatih telah mengajar asas dalam menggunakan Adobe Publisher untuk membuka dan menambah ilmu peserta dalam ict. Peserta diajar memilih size ukuran yang sesuai untuk membuat poster selain itu, peserta juga diajar bagaimana cara untuk mengubah lebar atau tinggi serta mengubah tulisan poster menggunakan Microsoft Publisher. Malah, dalam kelas ini juga pelatih telah memberi penerangan dan tunjuk ajar secara ringkas tentang cara untuk meyimpan dengan menggunakan nama poster atau nama file yang diiginkan serta bagaimana untuk kita menambah atau memasukan gambar dalam penyuntingan hasil kerja poster tersebut. Peserta dapat memahaminya dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 05.06.2022
Masa : 9.30 pg - 10.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Multimedia membuat poster menggunakan aplikasi canva bersama pelajar sekolah

Aktiviti

Dalam Bengkel ini peserta diajar membuat poster yang menggunakan aplikasi canva. Petugas memberi tunjuk ajar dan menerangkan satu persatu cara atau langkah untuk membuat poster iaitu dengan memilih reka bentuk yang sedia ada atau peserta boleh memilih untuk membuat sndiri reka bentuk poster tersebut. Petugas mengajar bagaimana untuk memilih dan mengubah tulisan serta cara untuk memasukan gambar untuk poster tersebut. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar cara untuk menyimpan poster dalam bentuk gambar atau pdf serta ilusi grafik bergerak di poster tersebut. Peserta dapat memahaminya dan menyelesaikan dengan baik.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 01.06.2022
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas Microsoft Office Word dalam membuat surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi penerangan bagaimana untuk membuat surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word ini. Petugas menerangkan format surat rasmi yang betul sebelum peserta menaip surat tersebut. Selain itu, dalam bengkel ini juga petugas memberi tunjuk ajar tentang cara atau penyusunan dalam membuat surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word ini. Peserta juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan hasil kerja mereka supaya tidak hilang dan menyimpan dalam bentuk yang diiginkan seperti bentuk PDF serta peserta juga boleh menyambung atau mengubahsuai surat tersebut pada bila masa yang diiginkan setelah peserta menyimpan kerja-kerja tersebut.Peserta memahami dan berjaya menyiapkan surat rasmi tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 02.06.2022
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Multimedia Adobe Photoshop Membuat Tipografi Potret bersama Mahasiswa

Aktiviti

Dalam kelas ini peserta belajar tentang Adobe Photoshop dalam membuat Tipografi potret. Permulaan kelas petugas telah memberi penerangan secara ringkas tentang Adobe Photoshop dan Tipografi supaya peserta dapat memahami dan mengetahui tentang multimedia yang akan digunakan dalam kelas tersebut. Selepas memberi penerangan petugas telah mengajar asas-asas Adobe Photoshop dalam membuat tipografi seperti size ukuran potret, memasukan imej atau gambar, pemilihan warna atau tulisan serta penggunaan alatan yang digunakan untuk menyunting. Selain itu, petugas juga telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara bentukkan dari tulisan paragraf untuk menampilkan potret yang ada tetapi tulisan dan wajah masih dapat dilihat dan baca. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan tipografi potret.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 25.05.20221
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Keusahawanan KDB bersama wanita ini diadakan untuk menerangkan tentang faedah dan manfaat daripada KDB untuk keusahawanan serta menambahkan ilmu pengetahuan peserta dalam ICT..

Aktiviti

Dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dan diterangkan mengenai KDB atau klik dengan bijak serta keusahawanan kepada peserta. KDB ini adalah salah satu aspek penting dalam melayari sesuatu perkara. Aktiviti ini dijalankan sebagai tunjuk ajar kepada peserta tentang etika dalam perniagaan atau usahawan supaya tidak tertipu atau melindungi keselamatan dalam menggunakan ICT sebagai medium dalam menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan atau aktiviti lain. Petugas memberi tunjuk ajar tentang laman web yang betul untuk peserta mempromosikan dan memasukan maklumat serta etika dalam membeli online atau penipuan membeli online yang dijalankan. Malah, Peserta juga telah belajar bagaimana untuk membuat bayaran bil dan melakukan transaksi pembayaran bagi apa-apa urusan termasuk perniagaan, Peserta dapat memahami dan menyelesaikan dengan baik. 

Gambar Disini