Tarikh | : 16.07.2022 |
Masa | : 10.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel latihan asas mewarna online dalam laman web coloringpages4u.com ini adalah bertujuan untuk memupuk dan memberi pendedahan awal dan membuka minda peserta tentang asas komputer/ict. Selain itu, bengkel ini juga untuk meningkatkan pengetahuan keselamtan dalam melayari internet dengan memberi pendedahan dalam melayari internet yang selamat seperti permainan pendidikan yang berfaedah ini. Malah, bengkel ini juga secara tidak langsung boleh menjadi penarik dan mempromosikan aktiviti yang diadakan di PEDi kepada peserta
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas telah mengajar peserta bagaimana cara membuka laman web mewarna secara online iaitu di www.coloringpages4u.com. Setelah itu, petugas telah menerangkan secara ringkas bagaimana cara untuk menggunkan applikasi ini dengan betul agar dapat menghasilkan lukisan warna yang cantik dan mengikut tema lukisan tersebut. Selain itu, peserta diminta untuk memilih lukisan yang ingin diwarna dan petugas mengajar satu persatu langkah untuk mewarna iaitu dengan pemilihan warna yang sesuai mengikut tema lukisan serta bagaimana cara untuk menggunakan alatan yang disediakan untuk mewarna lukisan itu. Melalui aktiviti ini peserta dapat menguji tahap kefahaman dan kemahiran menggunkan teknik yang betul untuk menghasilkan sesuatu lukisan warna yang sesuai dan menarik. Dengan bengkel ini peserta memahami dan telah berjaya mewarna menggunakan teknik yang telah diajar kepada peserta .
Tarikh | : 14.07.2022 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Bengkel asas pembangunan laman web pencarian data/imej bersama pelajar sekolah menengah adalah bertujuan untuk memdedahkan dan meningkatkan pengetahuan peserta tentang maklumat ict yang boleh kita layari bagi menyiapkan kerja kursus peserta.
Aktiviti
Aktiviti ini bermula dengan penerangan ringkas tentang asas komputer, internet serta cara dan bagaimana penggunaan browser untuk melayari imej atau data yang diinginkan oleh peserta. Peserta diminta untuk membuka browser seperti google dan petugas meminta peserta untuk menaip imej/data yang ingin dicari oleh peserta untuk kerja kursus peserta. Selain itu, didalam bengkel ini juga peserta telah diajar bagaimana cara membuat file khas dan bagaimana untuk menyimpan gambar terus ke dalam file khas yang telah dibuat oleh peserta. Peserta memahami dan berjaya mencari serta menyimpan imej/data yang dicari oleh peserta sendiri.
Tarikh | : 02.07.2022 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas latihan asas menaip untuk lembaran kertas kerja dengan mengguna Microsoft Office Word bersama pelajar sekolah adalah untuk membiasakan peserta dalam penggunaan papan kekunci atau keyboard komputer.Malah,pendedahan untuk menambah pengetahuan ict dan penggunaan asas dalam komputer untuk masa depan terutama bagi pelajar yang masih bersekolah.
Aktiviti
Aktiviti ini merupakan latihan asas yang ditunjuk ajar kepada peserta yang ingin menggunakan Microsoft Office dalam menaip menggunakan applikasi Microsoft Word ini.Dalam latihan ini petugas telah memberi penerangan yang asas mengenai Microsoft Office supaya peserta dapat mengetahui dan memahami cara penggunaan Microsoft Office dengan baik. Petugas mengajar cara menaip yang betul, bagaimana cara kita memilih bentuk tulisan, warna, size dan bentuk kertas yang diiginkan sama ada potrait atau landskap. Selain itu, latihan ini juga akan membiasakan peserta menggunakan papan kekunci atau keyboard komputer untuk memlaksanakan tugas. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara untuk mengedit memasukan imej dan cara menyimpan atau membuat folder untuk menyimpan sesuatu tugasan supaya tidak hilang. Peserta dapat memahaminya dan berjaya menaip dengan baik.
Tarikh | : 03.07.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel asas teknologi maklumat pengisian online UPU dan kemasukan ipta/ipts bersama lepasan pelajar sekolah adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaiman cara untuk mengisi secara online dan mahir menggunakan komputer serta menambah maklumat tentang ict kepada lepasan pelajar sekolah.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas memulakan dengan memberi penerangan tentang maklumat asas tentang komputer dan browser serta internet yang akan digunkan untuk melayari dan bagaimana kita menggunakan tersebut untuk melayari bagi mengisi maklumat secara atas talian (online). Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mengisi online kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan meminta peserta menlayari laman web upu atau institut pengajian tinggi untuk pengisian data atau maklumat peribadi peserta. Selain itu, para peserta diajar bagaimana cara untuk mengisi maklumat data dan pemilihan kategori-kategori yang ingin dipohon oleh peserta mengikut institusi pengajian tinggi pilihan peserta sendiri. Dengan bengkel ini peserta telah berjaya mengisi kemasukan ke pengajian tinggi dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI JUN 2022 - BENGKEL ASAS MENAIP MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE BERSAMA PELAJAR SEKOLAH
Tarikh | : 07.06.2022 |
Masa | : 9.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Bengkel asas menaip menggunakan Microsoft Office bersama pelajar sekolah
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menaip menggunakan Microsoft Office yang mana asas-asas dalam mengenai Microsoft Office diajar pada kelas tersebut. Pelatih mengajar langkah demi langkah cara menaip yang betul dalam Microsoft Office Word atau Power Point. Dalam bengkel ini peserta telah mempelajari bagaimana untuk memasukan jadual, gambar atau mengubah tulisan daripada kecik kepada besar dengan mudah tanpa memadam perkataaan yang telah ditaip dalam Microsoft Office. Selain itu, peserta dapat belajar cara untuk menaip dan membuat jadual dengan menambah atau memasukan gambar atau muzik berserta cara untuk membuat grafik dan slide bergerak. Peserta dapat memahaminya dan berjaya menaip dengan baik.