Tarikh | : 08.01.2023 |
Masa | : 2.30 PTG - 3.30 PTG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendidik peserta bagaimana untuk menggunakan ict dan applikasi seperti facebook, youtube, laman web pendidikan dan laian-lain kearah yang lebih bijak bukan hanya menggunakan ict untuk bermain permainan sahaja. Kelebihan ict dalam pembelajaran perlu didedahkan dan diperkembangkan kerana ict adalah antara alat yang berguna dalam usaha menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih releven pada hari ini.
Aktiviti
Bengkel e-pembelajran ini dijalankan untuk membantu dan mendidik peserta untuk menggunakan ict dengan lebih bijak dan berfaedah dengan cara memperkenalkan mereka bagaimana cara untuk mencari maklumat pembelajaran atau maklumat berfaedah di media atau applikasi ict. Dalam bengkel ini peserta diminta oleh petugas untuk membuka dan melayari youtube dengan tajuk yang telah diberikan. Petugas memilih pembelajaran matematik dan menunjukan cara dan menerangkan asas matematik melalui youtube sebagai medium untuk peserta lebih memahami cara dan formula matematik yang digunakan. Peserta memberi kerjasama yang baik dan fokus ketika menonton pembelajaran asas matematik di youtube. Selain daripada itu, petugas juga telah memberi kertas kuiz atau soalan yang mudah untuk melihat bagaimana mereka mengapplikasikan teknik dan fokus mereka terhadap pembelajaran di youtube. Peserta memahami dan berjaya menjawab kuiz atau soalan dengan baik.
Tarikh | : 07.01.2023 |
Masa | : 9.00 PG - 11.00 PG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dalam kalangan peserta terutama kalangan pelajar sekolah dalam keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Pembelajaran akan lagi berkesan menggunakan ict dan mewujudkan pelajar yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi.
Aktiviti
Bengkel ini mengajar kepada peserta bagaimana cara untuk mencari maklumat yang betul dan mengajar bagaimana cara untuk mengarang surat rasmi dengan menggunakan microsoft word. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana untuk mengarang surat rasmi dengn format yang betul tetapi mengarang menggunakan microsoft word yang mana petugas telah mengajar peserta bagaimana untuk membuat garis dan susunan mengikut format. Selain itu, peserta juga belajar bagaimana untuk menggunakan alat-alat atau menu yang terdapat dalam microsoft word untuk digunakan dalam mengarang seperti menu 'back', jenis tuliasan, garisan atau membuat jadual, jenis huruf dan sebagainaya. Peserta berjaya mengarang dan memahami pembelajaran dengan baik.
Tarikh | : 05.01.2023 |
Masa | : 9.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperluaskan penggunaan ict dalam pembelajaran pelajar di awal sekolah. Dengan adanya ict ini keberkesanan aktiviti pembelajaran dapat dipertingkatkan bukan sahaja dalam kalagan pelajar tetapi juga dalam kalangan tenaga pengajar sekali gus, untuk memberikan kesedaran bahawa ict ini bukan membawa keburukan tetapi juga membawa banyak kebaikan.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas telah mengajar beberape aktiviti permainan pendidikan kepada peserta supaya mereka merasa seronok untuk belajar sambil bermain tersebut. Pada permulaan petugas telah meminta peserta untuk memilih aktiviti mewarna terlebih dahulu. Selain daripada mewarna juga dalam bengkel ini petugas juga mengajar juga aktiviti mengenal huruf di dalam applikasi tersebut serta aktiviti lain seperti menyanyi sambil mengenal huruf nombor atau warna. Aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak ini membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap peserta serta fokus mereka terhadap pembelajaran. Perserta memahami dan belajar dengan baik.
Tarikh | : 06.01.2023 |
Masa | : 10.00 PG - 11.00 PG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam mengisi maklumat secara online di laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mendedahkan peserta terhadap penggunaan ict yang mana ia sangat mudah. Malah, dapat juga memperkembangankan ilmu ict dan pecarian maklumat serta asas komputer dalam bengkel tersebut.
Aktiviti
Aktiviti begkel ini dimulakan dengan petugas menerangkan secara ringkas bagaimana cara untuk mencari maklumat dan mengisi didalam laman web e-perolehan tersebut. Petugas meminta peserta memasukan maklumat untuk peserta masuk ke dalam sistem dan juga meminta peserta mendaftar terlebih dahulu jika peserta tidak mendaftar lagi dengan sistem maklumat tersebut. Setelah itu, peserta dibantu da diajar oleh petugas bagaimana cara untuk mengisi atau mengemaskini serta memohon tender di dalam laman web tersebut. Perserta mengikut setiap tunjuk ajar dan langkah yang di ajar kepada peserta tanpa ada masalah yang tidak dapat memohon atau mengisi maklumat tersebut. Perserta memahami dan berjaya memohon atau megisi maklumat dengan baik dan lancar.
LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2022 - BENGKEL ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB PORTAL HRMIS BERSAMA GURU TABIKA
Tarikh | : 15.12.2022 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mengisi maklumat atau kemaskini data dalam portal atau laman sesawang HRMIS. Dengan adanya bengkel ini peserta dapat mengetahui cara untuk mengisi dengan mudah secara atas talian dan secara tidak langsung ict ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga membuka ruang peserta sebagai guru tabika untuk memperluaskan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara inovatif dan kreatif.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu tentang laman sesawang dan cara-cara asas untuk mengisi dalam laman sesawang HRMIS tersebut. Peserta diminta untuk membuka atau melayari laman sesawang HRMIS dan juga peserta diminta untuk memasukan id atau katalaluan bagi meraka yang telah berdaftar. Bagi mereka yang belum berdaftar petugas membantu mereka untuk mendaftar terlebih dahulu untuk memasuki laman sesawang tersebut. Setelah semua peserta dapat memasuki HRMIS ini, petugas meminta peserta untuk mengisi atau mengemaskini data bedasarkan malumat peserta sambil dipantau oleh petugas. Peserta memahami dan berjaya mengisi maklumat data mereka ke dalam laman HRMIS dengan baik.