Tarikh : 14.12.2022
Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 28 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini  bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada peserta sebagai pengguna internet mengenai KDB atau Klik Dengan Bijak dan pengetahuan tentang ict. Malah, bengekel ini juga secara langsung dapat memberikan kesedaran kawal selia kendiri mengenai penggunaan internet untuk menjadikan pengguna yang bijak dan berilmu dalam menggunakan internet selaras dengan masa kini yang menuju dunia digital atau internet di hujung jari.

Aktiviti

Petugas memulakan aktiviti bengkel ini dengan penerangan secara ringkas tentang KDB dan ICT serta faedah yang dapat dari KDB dan ICT. Peserta diajar bagaimana untuk mencari maklumat yang betul dan menapis benda-benda yang tidak berkaitan di dalam ict tersebut. Sebagai contoh peserta diminta untuk membuka laman web untuk membuat resume dengan template yang sedia ada seperti canva atau menggunakan microsoft word. Malah, dalam bengkel ini petugas telah memberi soalan kuiz mengenai KDB melalui ict atau applikasi di komputer untuk memberi pengetahuan sambil mempelajari dan memahirkan peserta dalam penggunaan komputer.

Gambar Disni

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 05.12.2022
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini  bertujuan untuk membantu peserta dalam bengkel ini memperluaskan lagi ilmu ict yang boleh digunakan dalam kehidupan mereka terutama bagi golongan usahawan. Ict ini dapat membuka minda dan membantu meningkatkan kreativiti serta inovasi dalam sesuatu tugas atau kerja. Bengkel ini mampu menjadi tarikan untuk komuniti mendapatkan bantuan mengenai ict dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Aktiviti

Petugas memulakan aktiviti bengkel ini dengan penerangan secara ringkas asas-asas yang akan dipelajari oleh peserta dalam bengkel tersebut. Asas dan fungsi ict dan komputer ini didedahkan kepada peserta untuk memudahkan peserta mengetahui dan memberikan gambaran dengan mudah mengenai pembelajaran yang akan diajar kepada peserta. Peserta diminta untuk membuka microsoft word dan petugas meminta peserta untuk menaip maklumat dan data tugasan atau kerja kursus yang diperlukan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta dibantu oleh petugas dengan mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat jadual bagi membezakan sesuatu tajuk atau perkara atau produk yang terdapat di dalam lembaran kertas kerja peserta. Petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk memasukan imej atau gambar produk ke dalam applikasi microsoft word dan juga membantu peserta untuk menukar size, bentuk dan juga cara untuk menyunting gambar di dalam microsoft word. Malah, peserta juga diajar bagaimana untuk mencipta logo atau jenama yang mudah dan asas dengan menggunakan microsoft word. Peserta berjaya menyiapkan kerja kusrsus dengan menggunakan microsoft word dengan baik.  

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 17.11.2022
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang ict terhadap kanak-kanak, hal ini kerana pendedahan awal ini dapat membantu mewujudkan kanak-kanak yang kreatif. Ict ini bukan membawa keburukan tetapi juga kebaikan dan kelebihan kepada kanak-kanak untuk membantu mereka dalam perkembangan minda dengan pemerhatian daripada gologan dewasa atau ibu bapa. Proses pengajaran juga menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan, menarik dan mencabar kreativiti kanak-kanak.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan petugas meminta peserta membuka applikasi mewarna yang telah tersedia oleh petugas untuk memudahkan peserta membuka applikasi tersebut. Sambil itu juga, aktiviti ini dapat membuka mata dan minda kanak-kanak terhadap ict dan penggunaan komputer dalam aktiviti mewarna tersebuit. Secara tidak langsung pembelajaran mewarna online ini dapat membiasakan mereka terhadap komputer seperti tetikus, poapan kekunci dan sebagainya. Bengkel ini mengajar peserta  mewarna dan belajar bukan sahaja dapat menghiburkan, tetapi juga pendidikan dan perkembangan iaitu peserta dapat mengenali warna, susunan dan mengingati atau tumpuan mata dan tangan mereka. Malah aktiviti ini yang menggabungkan warna dan gambaran ini mampu merangsang kreatif di dalam diri peserta serta membantu fokus pesrerta kerana pembelajaran begini sangat menarik minat dan fokus peserta. peserta sangat teruja dan berjaya menyiapkan lukisan warna online serta memahami dengan baik

Gambar Disini

Tarikh : 02.12.2022
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang komputer dan ict terutama dalam kalangan warga emas. Pendedahan ini membantu peserta menggunakan media baru dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan lebih mudah. Secara tidak langsung, pembelajaran ini dapat mewujudkan masyarakat celik it dan kreatif dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tua.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan petugas menerangkan bagaimana cara untuk menaip menggunakan komputer dan penggunaan keyboard dalam menaip. Petugas meminta peserta membuka applikasi microsoft word untuk memulakan aktiviti menaip di applikasi tersebut. Setelah peserta membuka microsoft word tersebut, petugas telah mengajar bagaimana untuk menaip dengan berpandukan menu yang terdapat di microsoft word tersebut. Petugas menunjukan bagaimana cara untuk menukar size tulisan, membuat jadual, membuat garisan, memasukan gambar yang diiginkan ke dalam microsoft word. Peserta dapat mengikuti apa yang diajar oleh petugas disamping itu juga petugas membantu dan memerhati cara peserta menaip di microsoft word. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diajar bagaimana singkatan untuk menyalin(copy) atau menampal(paste) hanya menggunakan keyboard komputer dan sebagainya. Peserta memahani dan memberikan fokus dengan baik dalam bengkel ini serta berjaya menaip menggunakan microsoft word.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 13.11.2022
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pesrta terhadap muktimedia baru atau ict yang baru seperti canva. Multimedia ini merupakan satu bentuk informasi yang mana ia merangkumi pelbagai bentuk seperti teks, grafik, animasi dan lain-lain. Dengan adanya pembelajaran ict ini ia mampu untuk meningkatkan ilmu dan asas mengenai ict ini.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan peserta membuka applikasi canva dan juga meminta untuk peserta mendaftar dahulu sebelum canva dapat digunakan. Setelah itu, petugas juga menerangkan secara ringkas bagaimana canva boleh digunakan untuk membuat slide pembentangan seprti power point microsoft office. Dengan adanya canva ini ia lebih mudah untuk peserta mempelajari kerana canva meyediakan template mengikut keutamaan kita seperti kad, poster, pembentangan, video grafik yang kreatif dan sebagainya. Dalam kelas ini peserta telah memilih template pembentagan untuk memudahkan peserta menyunting dan memasukan bahan menggunakan canva. Malah, petugas juga mengajar bagaimana cara untuk memasukan gambar kedalam canva yang mana kita perlu upload dlu sebelum memasukan di tugasan peserta, selain itu, juga petugas juga mengajar bagaimana cara untuk membuang tulisan dan menulis semula di slide tersebut dan juga cara untuk menjadikan slide tersebut sebgai grafik bergerak dan memasukan lagu untuk pembentagan tersebut. Peserta berjaya menyiapkan slide dan memahami dengan baik dalam bengkel tersebut.

Gambar Disini