Tarikh : 22.06.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 13 Orang

 

 

 

 

TUJUAN :

Memberikan pendedahan kemahiran seni bina menggunakan "clay" dan juga bagaimana peserta bekerjasama serta membantu diantara peserta untuk menyiapkan binaan sekali gus aktiviti ini dapat mewujudkan peserta yang berfikiran kreatif dan inovasi. Selain itu ia dapat menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti yang dijalankan disini.

Bahan-bahan yang Diperlukan:

- Clay

- Lidi

Langkah-langkah:

1) Peserta ditunujkan terlebih dahulu bagaimana untuk membina struktur binaan di komputer

2) Peserta dibahagikan bahan-bahan setiap satu

3) Peserta mula membina struktur binaan berpandukan video di komputer atau mengikut kreativiti masing-masing

4) Dalam aktivkiti ini peserta akan membuat bulat dari "clay" untuk membuat tapak dan mengambil lidi dan mencucukkan di bahagian tapak yang telah dibulatkan

5) Peserta berjaya membuat struktur binaan dengan "clay" mengikut kreativiti masing-masing yang mana terdapat pelbagai bentuk struktur rumah yang telah dibina masing-masing.

  1. Akhir sekali peserta akan menerangkan tentang keseimbangan "clay" dan juga manfaat atau aktiviti yang boleh digunakan daripada "clay". Jangan lupa umntuk mencuba membuat aktiviti struktur binaan ini yang hanya menggunakan dua bahan sahaja dapat mencipta atau membina pelbagai bentuk binaan mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba!

Gambar Disini