Tarikh | : 21.06.2024 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 15 Orang |
TUJUAN :
Memberikan latihan dan pendedahan ke arah pemikiran yang kritis dan fokus dalam menjalankan aktiviti supaya dapat meningkatkan ilmu kemahiran insaniah dan juga kreativiti serta inovasi seseorang peserta. Dengan adanya aktiviti ini akan dapat menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan disini.
Bahan-bahan yang Diperlukan:
- - Kertas
- - Salotip
- - Gunting
- - Pensel
Langkah-langkah:
-
1) Petugas mulakan dengan menunjukkan demotrasi untuk membuat kapal menggunakan kertas
- 2) Peserta mengambil bahan-bahan untuk menghasilkan kapal kertas tersebut mengikut kreativiti masing-masing
- 3) Peserta mulakan menghasilkan kertas kapal tersebut dengan melukis garisan dengan pembaris untuk diguting atau dibahagikan pada dua bahagian untuk dilipat menjadi bulat
- 4) Selepas itu peserta mula menggulung dengan menggunakan pensel atau tidak mengikut keselesaan dan kreativiti masing-masing untuk membuat tapak kapal
- 5) Setelah siap peserta akan salotip di bahagian kertas yang telah dibulat dan juga kertas yang digulung untuk menjadi kapal kertas
6) Akhir sekali peserta diminta untuk menguji kapal kertas dengan menerbangkan kapal tersebut dan melihat kelajuan kapal tersebut terbang dan jatuh.
Aktiviti ini adalah untuk menguji kelajuan, keseimbangan dan daya graviti melalui kapal kertas. Selain itu, peserta akan dapat mewujudkan peserta yang kreatif dan menanam semangat kerjasama dengan membantu sesama peserta dalam menghasilkan kapal kertas tersebut. Aktiviti sangat mudah untuk dijalankan bersama dengan anak-anak dirumah mahu pun disekolah. Selamat mencuba!