Tarikh : 05.12.2022
Masa : 11.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini  bertujuan untuk membantu peserta dalam bengkel ini memperluaskan lagi ilmu ict yang boleh digunakan dalam kehidupan mereka terutama bagi golongan usahawan. Ict ini dapat membuka minda dan membantu meningkatkan kreativiti serta inovasi dalam sesuatu tugas atau kerja. Bengkel ini mampu menjadi tarikan untuk komuniti mendapatkan bantuan mengenai ict dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Aktiviti

Petugas memulakan aktiviti bengkel ini dengan penerangan secara ringkas asas-asas yang akan dipelajari oleh peserta dalam bengkel tersebut. Asas dan fungsi ict dan komputer ini didedahkan kepada peserta untuk memudahkan peserta mengetahui dan memberikan gambaran dengan mudah mengenai pembelajaran yang akan diajar kepada peserta. Peserta diminta untuk membuka microsoft word dan petugas meminta peserta untuk menaip maklumat dan data tugasan atau kerja kursus yang diperlukan. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta dibantu oleh petugas dengan mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat jadual bagi membezakan sesuatu tajuk atau perkara atau produk yang terdapat di dalam lembaran kertas kerja peserta. Petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk memasukan imej atau gambar produk ke dalam applikasi microsoft word dan juga membantu peserta untuk menukar size, bentuk dan juga cara untuk menyunting gambar di dalam microsoft word. Malah, peserta juga diajar bagaimana untuk mencipta logo atau jenama yang mudah dan asas dengan menggunakan microsoft word. Peserta berjaya menyiapkan kerja kusrsus dengan menggunakan microsoft word dengan baik.  

Gambar Disini