Tarikh : 08.05.2023
Masa : 2.30 ptg - 04.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Selain itu, bengkel ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta terhadap fungsi dan kegunaan ict yang banyak memberikan manfaat dan memudahkan urusan seseorang. Dengan adanya bengkel sebegini ia mampu untuk memperluaskan lagi nama PEDI dan perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi microsoft word dan juga bagaimana cara untuk  menaip menggunakan keyboard. Peserta diajar bagaimana cara untuk memasukan imej sebagai 'latterhead' ke dalam microsoft word. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana cara penggunaan keyboard seperti 'capslock', 'space', 'ctrl+c' dann lain-lain untuk memudahkan peserta menaip dengan baik. Malah, menu dalam applikasi tersebutt juga turut diajar kepada peserta seperti bagaimana cara untuk menukarkan tulisan, size tulisan, cara membuat garisan atau jadual dan sebagainya. Petugas membantu sehingga peserta berjaya menaip dan peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 03.05.2023
Masa : 10.00 pg - 12.00 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 3 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta terhadap ict. Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang terdapat dalam ict terutama dalam menyelesaikan sesuatu urusan. Oleh itu, dengan bengkel ini dapat memberi peluang peserta untuk menimba ilmu dan juga sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan dan bengkel yang terdapat disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang browser dan cara bagaimana untuk melayari laman web serta bagaimana cara untuk mendaftar atau mengisi maklumat dalam applikasi e-perumahan dan juga idme atau sistem pengurusan murid. Setelah laman web yang diiginkan tersedia, petugas meminta setiap peserta untuk mendaftar terlebih dahulu. Selepas pserta berjaya mendaftar, peserta dibantu dalam mengisi maklumat mengikut arahan sistem yang telah dimasuk sehingga selesai mengisi maklumat tersebut. Petugas membantu sehingga peserta berjaya mengisi maklumat dan peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 17.04.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel memberi pendedahan kepada peserta asas dalam gmail atau email yang mana kini semakin penting dan digunakan secara meluas dalam berurusan menggunakan email. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk memberi pengetahuan tentang fungsi asas yang ada dalam gmail dan juga ini dapat menghebahkan lagi aktiviti serta perkhidmatan yang ada disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang email/gmail yang ingin digunakan. Terlebih dahulu peserta diajar bagaimana cara untuk mendaftar akaun gmail/email tersebut. Setelah diajar bagaimana mendaftar petugas membantu peserta dalam mengajar bagaimana cara untuk menghantar pesanan melalui email ke pada seseorang serta bagaimana untuk memasukan file 'attach' dan juga cara menaip di pesanan email tersebut. Peserta berjaya menhantar pesanan dan memahami dengan baik. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 19.04.2023
Masa : 10.30 pg - 12.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang terdapat dalam ict terutama dalam menyelesaikan sesuatu urusan. Oleh itu, dengan bengkel ini dapat memberi peluang peserta untuk menimba ilmu dan juga sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan dan bengkel yang terdapat disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi microsoft word dan keyboard komputer dalam menaip di applikasi tersebut serta  bagaimana format surat rasmi sebelum peserta menaip surat di microsoft word. Peserta diajar bagaimana untuk membuat garis panjang, bagaimana untuk menaip alamat dengan format surat rasmi, bagaimana untuk menggunakan menu yang terdapat dalam microsoft word dan sebagainya. Petugas membantu sehingga peserta berjaya menaip surat rasmi dan peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 16.04.2023
Masa : 9.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 14 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat terhadap ict dan penggunaan ict atau internet secara bijak dan berhemah. Dengan adanya bengkel ini ia dapat menarik minat komuniti untuk berkunjung di pusat internet serta dapat menghebahkan perkhidmatan dan kelas yang ada disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan bacaan Yaasin bersama usahwan wanita sempena ramadhan. Selepas bacaan yaasin juga telah diadakan tahlil secara sederhana untuk disedekahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Selain daripada itu juga kita ada majlis pemberian cenderhati daripada pedi kepada peserta usahawan serta petugas juga tidak terlepas peluang mengajar peserta bagaimana untuk mencari maklumat dan menyebarkan maklumat secara bijak dan berhemah di dalam internet sekali gus dapat berkongsi ilmu serta perkhidmatan yang terdapat disini kepada usahawan wanita.

Gambar Disini